26 Mar 2010

Nama Pena, Nama Samaran

Saya menggunakan nama-nama pena Shafie Uzein Gharib, Hanuman O dan Leonard Loar dalam penulisan kreatif. Kebanyakan khalayak sastera sudah sedia mengetahui nama-nama pena ini. Jadi ia bukannya “nama samaran”.
..

Saya menggunakan nama-nama pena ini mengikut kesesuaian. Shafie Uzein Gharib biasanya saya gunakan apabila menyiarkan cerpen-cerpen berunsur Islam manakala Hanuman O bagi cerpen-cerpen parodi daripada epik Ramayana.

..

Akan tetapi selepas beberapa tahun berkarya, rakan-rakan editor mula meminta saya mengekalkan nama sebenar pada by line. Kata mereka, ada demand bagi karya-karya yang ditulis oleh “Uthaya Sankar SB”!

..

Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan saya mengenai nama pena dan nama samaran di akhbar Mingguan Malaysia pada 21 Januari 1996.