Saturday, 27 March 2010

Sinappapal

Lama sebelum saya membaca novel Sangeetha (DBP: 2006) karya Azizi Haji Abdullah, saya pernah membeli senaskhah novel remaja karya beliau berjudul Sinappapal (DBP: 1993) dengan harapan dapat menghayati budaya kaum India melalui kaca mata seorang penulis kaum Melayu yang bukan calang-calang orang.
..

Umum mengetahui bahawa karya-karya Azizi kebanyakannya diakhiri dengan tragedi. Jadi, melalui novel Sinappapal, saya ingin juga tahu jika akan berlaku sesuatu seperti itu di akhir novel setebal 101 halaman ini.

..

Saya juga membuat catatan ringkas pada setiap kali selesai membaca setiap bab. Jadi, catatan yang saya hasilkan lebih merupakan pengalaman membaca novel pasca colonial, tanpa dipengaruhi apa-apa teori kritikan yang khusus.

..

Catatan berdasarkan pengalaman membaca itu saya jadikan sebuah makalah berjudul “Proses Pembacaan Novel Sinappapal: Suatu Pengalaman Pasca Kolonial” dan tersiar di akhbar Mingguan Watan (30 Julai 1995 & 6 Ogos 1995) dan di www.suaraanum.com (15 September 2002).

..

Sila KLIK DI SINI untuk membaca catatan dan proses pembacaan itu.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!