Walaupun saya bersama Sinar Harian sejak 1 Februari 2010, saya turut berasa seronok untuk bersama-sama 23 “wakil” Kavyan melawat bahagian editorial majalah, grafik, fotografi, percetakan dan ilustrasi.
Taklimat awal diberikan Encik Hashim Anang manakala lawatan dikemudi Encik Megat. Seperti biasa, kakitangan Karangkraf yang sentiasa sibuk tetap bersedia menerima kunjungan dan memberi penerangan kepada pelawat.
Kami juga amat bertuah kerana berpeluang bertemu Dato’ Hussamuddin Yaacub. Walaupun sibuk, beliau tetap sudi meluangkan masa bersama kami di pejabat beliau.
Kavyan pernah mengadakan lawatan ke Karangkraf pada 3 Oktober 2003 dan maklumat awal mengenai lawatan terbaru ini boleh dibaca DI SINI.
Saya sempat merakam 80 foto untuk dimuatkan di Facebook sementara Cikgu Nisak Hashim memuatkan 109 foto kenangan sebagai dokumentasi.
.