8 Jul 2009

Dirgahayu Bahasaku!

Keputusan muktamad berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bakal diumumkan pada hari ini, 8 Julai 2009.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dijangka mengumumkan keputusan itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Saya terkenang akan saat dan suasana sewaktu PPSMI diumumkan secara mengejut pada Mei 2002, serta sewaktu dipersetujui Kabinet pada Julai 2002.

Juga, tentunya reaksi “terkedepan” saya melalui sajak “Pe(r)juang(an) Bahasa II” pada Disember 2002. Saya membacanya semula DI SINI pada awal pagi.