Tuesday, 7 July 2009

Setegasnya!

Ada masanya kita berusaha untuk membantu. Seikhlasnya. Akan tetapi, akhirnya kita sendiri yang menjadi mangsa. Seperitnya.

Ada masanya kita tampil menunjukkan jalan dan lorong yang perlu dilalui untuk mencapai apa yang diingini oleh pihak yang mengharapkan bantuan. Akan tetapi, akhirnya kita sendiri yang menanggung malu apabila pihak yang kita tunjukkan jalan itu mengotorinya atau membakarnya. Kita sendiri sudah tidak dapat menggunakan jalan dan lorong itu lagi.

Ada waktunya kita memperuntukkan masa untuk membantu. Seikhlasnya. Akan tetapi, akhirnya kita sendiri dijadikan semacam kuli. Kita pula yang perlu menerima arahan dan suruhan. Melaksanakan arahan menurut masa yang diarahkan. Mereka mengisytiharkan diri mereka “tuan” yang berkuasa. Sesedapnya!

Pada waktu-waktu begini, saya mempersetankan semuanya!

Sesenyapnya. Selembutnya. Setegasnya.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!