Kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022) berjaya diterbitkan hasil sumbangan modal sosial rakan-rakan budiman.
Buku ini memuatkan 74 buah esei Bahasa Malaysia yang menyentuh pelbagai topik yang mungkin dianggap terlalu sensitif, jarang dibincangkan secara terbuka, serta menggugah minda pembaca.
Suatu sesi diatur untuk membincangkan kumpulan esei ini dalam kalangan pencinta bahan bacaan bermutu.
Sesi: Bicara Buku — Suvarna Bhumi
Tarikh: 19 Mac 2022 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Pelantar: Google Meet
Rangka pengisian sesi bicara buku ini adalah seperti berikut:
Segmen 1: Para peserta berkongsi pandangan tentang esei yang diminati dalam buku
Suvarna Bhumi.
Segmen 2: Uthaya Sankar SB menjawab soalan peserta berkaitan esei-esei dalam buku
Suvarna Bhumi.
Segmen 3: Peserta berbincang dan bertanya soalan berkaitan panduan menulis esei bermutu.