11 Mar 2022

Keling, Jawi Peranakan, dan Jaati Bukkan

Semasa kanak-kanak dan membesar di Taiping, Perak, saya sering mendengar frasa “Jaati Bukkan” digunakan oleh penutur bahasa Tamil. Gelaran itu ditujukan kepada kelompok tertentu dalam masyarakat.

Sebagaimana sering berlaku kepada pelbagai istilah yang dituturkan penduduk majmuk dengan latar budaya dan bahasa ibunda yang berbeza, frasa “Jaati Bukkan” juga mengalami perubahan. Maka, tidak hairanlah rata-rata rakan-rakan kaum India yang saya hubungi baru-baru ini tidak mengetahui makna frasa itu. Malah, ramai yang tidak pernah mendengarnya.

Jaati yang dimaksudkan itu merujuk kepada kasta, bukan?” tanya Harvintha Reddy dari Pagoh, Johor. Persoalan ini amat wajar kerana penutur bahasa Tamil lazim menggunakan istilah “jaati” apabila merujuk kepada “kasta”.

Kita sedia maklum tentang isu sensitif yang muncul susulan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dijadikan teks Komsas pada tahun 2011. Isu timbul berikutan penggunaan suatu istilah berhubung kasta yang amat sensitif bagi kaum India di Malaysia. [maklumat penuh di sini]

Saya sering berusaha mendidik masyarakat tentang makna sebenar — serta perbezaan — antara sistem kasta, varna dan jaati dalam budaya tradisi masyarakat India. Penjelasan terperinci juga dimasukkan dalam novel Panchayat: Edisi Khas (2012) bagi memudahkan pemahaman.

Penutur bahasa Tamil sering menggunakan frasa “aan jaati” bagi “kaum lelaki” (kaum Adam) dan “penn jaati” bagi “kaum wanita” (kaum Hawa). Malah, penggunaan “jaati” dengan makna “kaum” lebih nyata apabila orang India merujuk kepada orang Cina sebagai “Cina jaati”.

Sewaktu topik berkaitan “Jaati Bukkan” dibincangkan bersama rakan-rakan, Saravana Kumar dari Seberang Jaya, Pulau Pinang menyebut beliau pernah dipanggil dengan gelaran itu. ... [Baca teks penuh dalam Buku Esei 2024]

[Esei ini ditulis pada 24 Februari 2022 dan teks penuh tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di akhbar Utusan Malaysia pada 26 Februari 2022. Kemudian disiarkan di Wacana Pemikir pada 28 Ogos 2022. © Uthaya Sankar SB]