Saya
mahu memberikan 10 naskhah buku Nari! Nari! sebagai hadiah kepada 10 individu berumur 5-15 tahun. Jika anda ada anak-anak, adik-beradik,
saudara-mara atau kenalan berumur 5-15 tahun, ini peluang baik untuk
mendapatkan hadiah buku untuk mereka!
Cara untuk
memenangi hadiah buku Nari! Nari!
adalah seperti berikut:
1. Kenal
pasti individu berumur 5-15 tahun yang berminat mebaca buku cerita Bahasa Malaysia.
2. Minta
individu berkenaan menulis frasa “Saya
Mahu Nari! Nari!” pada sehelai kertas saiz A4. Gunakan tulisan tangan, bukan
cetakan komputer.
3. Ambil
foto individu berkenaan memegang (menayangkan) kertas saiz A4 bertulis “Saya Mahu Nari! Nari!” itu. Wajah individu berkenaan
perlu jelas kelihatan.
4. Paparkan
foto berkenaan di Facebook sebagai paparan
umum (public) supaya boleh dilihat
dan disukai (like) oleh semua orang.
5. Anda
wajib tandakan (tag) Uthaya Sankar SB pada foto berkenaan.
(Kalau tidak, sampai kiamat saya tidak tahu tentang kewujudan foto berkenaan!)
Apabila saya ditandakan (tag) pada
foto itu, maka foto berkenaan akan turut muncul pada dinding (wall) saya.
6. Anda
juga digalakkan menandakan (tag)
orang lain supaya mereka boleh tahu mengenai foto itu dan tampil menyukainya (like) dengan segera.
7. Anda
wajib menulis sesuatu dengan menggunakan hashtag
#NariNari apabila memaparkan foto
berkenaan di Facebook.
8. Minta
rakan-rakan, kenalan, saudara-mara dan orang ramai menyukai (like) foto berkenaan. Komen tidak
diperlukan, tetapi dibenarkan.
9. Foto
berkenaan perlu mendapat minimum 50 like
sebelum tarikh tutup, iaitu pada 16
November 2015.
10. Kesemua
foto akan dinilai pada 16 November 2015,
pukul 11:00 pagi (waktu di Malaysia).
11. Sepuluh (10) foto dengan like paling banyak –
tetapi wajib melebihi 50 like – akan diumumkan
sebagai pemenang.
12. Keputusan
adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
13. Selepas
keputusan diumumkan, anda (atau wakil) perlu datang ke Rumah Kavyan sebelum 31 Disember 2015 untuk mengambil hadiah
buku berkenaan.
14. Sekiranya
anda mahu buku Nari! Nari! yang dimenangi itu dikirim
menggunakan PosLaju, anda perlu
menanggung kos pengiriman (sekitar RM7 sahaja).
Ayuh! Mulakan.
Hubungi
uthayasb@yahoo.com.my
atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan. Kiriman
SMS akan dibaca tetapi tidak akan
dibalas.