Salah satu hakikat yang nyata di Malaysia
adalah bahawa ada individu yang lahir dalam keluarga Hindu tetapi kemudian
memilih untuk meninggalkan agama itu. Antara alasan yang diberikan adalah
bahawa mereka tidak memahami ajaran Hindu. Kononnya orang Hindu menyembah
patung.
Perkara yang agak melucukan adalah apabila
kelompok yang memilih untuk “meninggalkan” ajaran Hindu dengan alasan “tidak
faham” akan segera muncul menyebarkan ajaran-ajaran lain dengan suatu cara
terkutuk; iaitu menghina ajaran Hindu.
Antara perkara yang sering dijadikan modal
oleh golongan tanpa budhi ini adalah
amalan menyembah berhala dalam kalangan penganut Hindu. Topik “Hindu sembah
banyak Tuhan” menjadi pilihan utama golongan yang cuba menyesatkan orang Hindu
dan seterusnya menarik mereka memeluk ajaran/agama lain.
Makalah ini ditujukan kepada penganut Hindu
supaya mereka faham konsep penyembahan berhala. Dengan adanya sedikit maklumat,
maka tidak mudahlah mereka dipesongkan, ditipu, dihina, diperlekeh dan dipujuk
meninggalkan agama asal. [KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA MAKALAH BERKENAAN]