[Suatu topik yang sangat sensitif tetapi amat perlu dibincangkan demi
meleraikan kekusutan dan salah tanggap.]
Anda sering diberitahu bahawa orang Hindu
menyembah batu dan berhala, bukan? Sebagai seorang warganegara Malaysia, anda
tentu pernah lalu di hadapan kuil iaitu rumah ibadat penganut Hindu.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa orang
Hindu menyembah berhala? Jika anda seorang penganut Hindu, tidak mustahil
bahawa anda juga belum benar-benar memahami konsep berhala.
Memandangkan ajaran Hindu atau Sanatana Dharma berusia lebih 5,000
tahun dan kebanyakan teks menggunakan Bahasa Sanskrit, maka masalah yang wujud
tidaklah menghairankan.
Tambahan pula, Hinduisme amat kompleks,
subjektif dan boleh ditafsir mengikut pemahaman, budhi (pemikiran), tahap keimanan dan intelektualiti seseorang.
Makalah
ini akan berusaha memberikan sedikit penerangan umum mengenai berhala di kuil. Baca buku Malaiur Manikam untuk pemahaman lanjut. – Baca
juga: Memahami Konsep Berhala Hindu dan Cerita Kecil Tentang Agama Hindu. Rujuk juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu.