Masih ingat klip video di mana Naib
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia, Zulkifli Noordin
menghina ajaran dan penganut Hindu? [BACA DI SINI] Masih ingat bagaimana
lelaki kiasu itu diangkat pula oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Najib Razak sebagai “rakan BN” untuk
bertanding kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-23 (PRU-13)? [BACA DI SINI]
Klip video berkenaan yang tersebar luas di
ruang siber pada penghujung Mac 2013 membuktikan bagaimana Zulkifli dan puak
ultra kiasu, etnosentrik, fanatik, rasis dan pelampau seperti dirinya suka
membuka mulut dan menghina kaum, agama dan ajaran lain tanpa ada walau sedikit
pengetahuan (disebut budhi iaitu
“otak” atau “pemikiran” dalam budaya India).
Untuk makluman, bukan semua patung boleh
dianggap berhala. Tentulah saya tidak mahu membazirkan masa mengajar,
membimbing dan mendidik puak seperti Zulkifli, Ridhuan Tee Abdullah, Perkasa,
Umno dan ISMA. Tindakan itu umpama mencurahkan air ke daun keladi.
Sebaliknya,
maklumat yang dikongsikan di sini bertujuan memperkasakan (empower) masyarakat umum pelbagai kaum, etnik dan agama supaya
tidak mudah diperbodohkan oleh puak fanatik dan ultra kiasu yang jahil serta
tidak ada budhi. [SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA MAKALAH BERKENAAN]
Baca juga: Memahami Konsep Berhala Hindu dan Orang Hindu Sembah Batu? serta Cerita Kecil Tentang Agama Hindu. Rujuk juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu.