Monday, 3 March 2014

Memahami Realiti Berhala Hindu

Salah satu hakikat yang nyata di Malaysia adalah bahawa ada individu yang lahir dalam keluarga Hindu tetapi kemudian memilih untuk meninggalkan agama itu. Antara alasan yang diberikan adalah bahawa mereka tidak memahami ajaran Hindu. Kononnya orang Hindu menyembah patung.
 
Perkara yang agak melucukan adalah apabila kelompok yang memilih untuk “meninggalkan” ajaran Hindu dengan alasan “tidak faham” akan segera muncul menyebarkan ajaran-ajaran lain dengan suatu cara terkutuk; iaitu menghina ajaran Hindu.
 
Antara perkara yang sering dijadikan modal oleh golongan tanpa budhi ini adalah amalan menyembah berhala dalam kalangan penganut Hindu. Topik “Hindu sembah banyak Tuhan” menjadi pilihan utama golongan yang cuba menyesatkan orang Hindu dan seterusnya menarik mereka memeluk ajaran/agama lain.
 
Makalah ini ditujukan kepada penganut Hindu supaya mereka faham konsep penyembahan berhala. Dengan adanya sedikit maklumat, maka tidak mudahlah mereka dipesongkan, ditipu, dihina, diperlekeh dan dipujuk meninggalkan agama asal. [KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA MAKALAH BERKENAAN]