Wednesday, 5 March 2014

Menjawab Persoalan Berhala Hindu



“Berhala yang diperbuat daripada batu boleh dipecahkan dengan mudah. Seolah-olah Tuhan dalam ajaran Hindu begitu rapuh. Malah, binatang seperti kera dan monyet di sekitar kuil mungkin memanjat, memijak, malah kencing pada berhala itu yang dianggap mewakili Tuhan. Tidakkah ini menghina Tuhan Yang Maha Esa?”

 

Demikian antara pertanyaan yang sering diajukan kepada saya sejak kecil oleh rakan-rakan pelbagai kaum, etnik dan agama. Saya tidak menganggap pertanyaan itu sebagai suatu penghinaan; sebaliknya sebagai sikap prihatin dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan oleh individu berkenaan – sama ada Hindu atau Bukan Hindu.

 

Hinduisme (Sanatana Dharma) berusia lebih 5,000 tahun dan terlalu kompleks serta subjektif sifatnya. Tidak semua orang memiliki budhi (tahap pemikiran) untuk memahami agama Tauhid yang pertama dan tertua ini secara tepat dan mendalam.

 

Dalam soal berkaitan berhala pula, ilmu seni/sains berhala yang dikenali sebagai Murtisilpasastra atau ilmu ikonografi diperlukan untuk memahami segala simbolisme yang diwakili oleh berhala. Tahap paling asas adalah membezakan antara “berhala” (idol) dan “patung” (statue).

 

Tahap kedua adalah memahami bahawa ajaran Hindu bukan berciri politeisme kerana sesungguhnya agama Tauhid ini menyembah Ekan Anekan – Tuhan Yang Maha Esa tetapi mempunyai sifat/nama yang jumlahnya tidak terhingga (infiniti). [BACA PENJELASAN LANJUT DI SINI] – Anda juga mungkin berminat membaca KOLEKSI MAKALAH BERKAITAN AJARAN HINDU.