[Buku separa akademik ini mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan
pihak tertentu kerana bersikap terlalu terbuka dan liberal.]
“Percayakah
saudara, bahawa Brahman, Buddha, Tao dan Ahura Mazda
(Armuzd) adalah nama-nama bagi Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, dan
semua ahli falsafah zaman sebelum masihi terutamanya dari tamadun Greek Yunani,
China dan India adalah terdiri daripada para Nabi dan Rasul?” – Kamaludin Endol
Sebaik sahaja menyelak dan membaca beberapa
halaman buku ini, saya tidak berani menolak kemungkinan akan ada pihak yang
meminta buku ini diteliti pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Buku Hinduisme
Agama Tauhid Terawal? (2014) tulisan Kamaludin Endol mungkin dilihat serta
dianggap golongan tertentu sebagai terlalu bersikap terbuka dalam memberikan
perakuan terhadap suatu perkara yang cuba dinafikan zaman-berzaman.
Kamaludin yang menggunakan nama pena Pelita
di Dalam Kaca sebelum ini menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia menerusi novel
Baldatun Thoiyyibatun (2011) yang
melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam menjelang tahun 2020.
Kehebatan
Kamaludin ternyata bukan hanya sebagai pengarang kreatif dan buku Hinduisme Agama Tauhid Terawal? menjadi
bukti pemikiran kritis beliau dalam meneroka pelbagai sisi yang selalunya
jarang berani dijelajah penulis tempatan; khususnya penulis Melayu. [BACA ULASAN PENUH DI SINI] [REAKSI: Orang Hindu Perlu Bertaubat?] [REAKSI BALAS: Penulis Beri Penjelasan] Baca juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu.