Sesungguhnya Hinduisme adalah antara agama
Tauhid yang pertama dan tertua di dunia. Fakta ini mungkin mahu dipertikaikan
puak tertentu tetapi tidak boleh dinafikan. Malah, Kamaludin Endol dalam bukunya
Hinduisme Agama Tauhid Terawal?
(2014) mengemukakan hujah bahawa ajaran Hindu adalah agama Tauhid pertama yang
diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Adam.
Ajaran Hindu sering dikaitkan dengan
penyembahan berhala. Stereotaip ini sudah terlalu lama berleluasa – khususnya
di Malaysia – sehingga ramai yang terlupa akan hakikat bahawa Hindusime bukan
(ulang: bukan) agama politeisme yang menyembah berhala.
Lalu orang ramai – dan tentunya puak
etnosentrik, fanatik, pelampau, rasis dan ultra kiasu – akan mempersoalkan
mengapa penganut Hindu pergi ke kuil dan menyembah berhala Murugan, Shiva,
Ganesha, Mariamman, Kaali dan sebagainya.
Makalah
bertajuk “Memahami konsep berhala Hindu” (Projek
Dialog, 27 Februari 2014) boleh memberikan huraian lanjut. Makalah penuh dalam buku Malaiur Manikam. Sila baca atas
pilihan sendiri dan harap sudi dikongsikan bersama-sama rakan-rakan dan kaum
keluarga yang mungkin berminat. Baca juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu.