24 Feb 2014

Pak Samad masuk SJKC

Sekitar dua minggu lalu, terdapat ucapan “Selamat Hari Jadi Ke-82” dikongsikan menerusi laman rangkaian sosial Facebook. Ramai juga yang terkeliru kerana ucapan itu ditujukan kepada Sasterawan Negara (SN) Datuk A Samad Said (Pak Samad).
 
Rata-rata peminat sastera – serta masyarakat umum yang peduli – maklum bahawa Pak Samad lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Melaka.
 
Maka, orang ramai tertanya-tanya apakah ada pihak yang sengaja mahu menyebarkan maklumat palsu berkaitan tarikh lahir dan umur sasterawan berkenaan yang merupakan satu-satunya SN yang paling berjiwa rakyat dan dikenali masyarakat pelbagai kaum.
 
Buat pertama kali, poster khas yang disediakan oleh Gemilang Publishing Sdn Bhd untuk pameran di perpustakaan SJKC Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur mencatatkan maklumat sebenar mengenai tarikh dan tempat lahir Pak Samad - RUJUK DI SINI.
 
Sudut khas SN itu dirasmikan oleh Pak Samad sendiri pada 17 Februari 2014. Terdahulu, beliau yang hadir bersama-sama isteri, Datin Rashidah Mohd Dahan, menceritakan pengalaman hidup kepada murid-murid sekolah berkenaan. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] [BUKU-BUKU PAK SAMAD]