Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said amat saya kagumi
atas kelantangannya “bersuara” – secara langsung dan juga menerusi
penulisan. Walaupun belakangan ini beliau dilihat sebagai individu yang
bersuara lantang menentang pemerintah, apa yang sebenarnya dilakukan sejak
dahulu adalah bersuara menentang sebarang bentuk penindasan, ketidak adilan dan
kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Pak Samad tidak tunduk pada
tekanan dan arahan mana-mana pihak berkepentingan; sekali gus membuktikan
bahawa di tengah-tengah begitu ramai “penulis” dan “organisasi penulis” yang
mudah dijadikan boneka, masih ada sasterawan yang berani mengekalkan jati diri
dan menegakkan maruah bangsa. Selamat Menyambut Hari Malaysia (16 September)! [Baca juga: Pak Samad dan Kavyan] - [Rahsia Pak Samad]