8 Mar 2014

Perjuangan Wanita Taman Permata

[Penduduk asal Putrajaya tidak akan berganjak daripada menuntut rumah teres yang dijanjikan Barisan Nasional.]
 
“Demi hak keluarga dan anak-cucu, kami sanggup berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya mahu pun ke pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam!”
 
Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia. Kata-kata inilah yang muncul dalam minda apabila saya berpeluang berbual-bual bersama sekumpulan wanita warga emas yang tinggal di dalam khemah di kawasan tempat letak kereta Blok 5, Taman Permata, Dengkil, Selangor sejak 11 Jun 2013.
 
Kunjungan saya bersama-sama Shahrul Nizam Abd Hamid dan Perzeus James mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 1 Mac 2014 adalah kunjungan kali ketiga bagi meninjau serta melaporkan suasana serta nasib hampir 400 keluarga – termasuk 22 keluarga Melayu – yang berjuang demi hak mendapatkan rumah teres yang dijanjikan kerajaan pusat.
 
Makalah bertajuk “Permata yang Hilang” (The Malay Mail Online, 5 & 6 Ogos 2013) dan “Mengharap Sinar di Taman Permata” (Free Malaysia Today, 5 November 2013) memuatkan hasil tinjauan serta luahan perasaan penduduk terbabit – RUJUK DI SINI.
 
Golongan wanita yang sempat saya temui pada 1 Mac 2014 – iaitu pada hari ke-264 mereka tinggal di dalam khemah – ternyata tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan demi hak, keluarga dan anak-cucu. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – Baca juga: Mencari Dalang di Taman Permata.