2 Nov 2013

Taman Permata, Dengkil

Pada pagi 2 November 2013, sempena sambutan Deepavali, saya dan Perzeus James pergi ke Flat Taman Permata, Dengkil untuk berkongsi kisah mereka.
 
Hari ini (2 November 2013) genap 145 hari mereka tinggal di dalam khemah. Kisah mereka pernah saya paparkan menerusi makalah yang disiarkan di The Malay Mail Online (5 & 6 Ogos 2013) – Baca: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
 
Kami menyampaikan sumbangan kain pelikat kepada 22 warga emas sambil berkongsi kisah mereka. Perzeus membuat rakaman video untuk siaran di Kaigal manakala saya memuatkan terus klip video ringkas menerusi Facebook; seperti berikut:
 
Bahagian Satu – Tinjauan Umum (Bahasa Malaysia)
 
Bahagian Dua – Perzeus di Rumah Ramadass (Bahasa Malaysia)
 
Bahagian Tiga – Luahan Hati Golongan Wanita (Bahasa Tamil)
 
Bahagian Empat – Luahan Hati Aasaitambi (Bahasa Tamil)
 
Kesemua rakaman video dibuat di lokasi menggunakan Samsung Note 8.0 tanpa melibatkan sebarang penyuntingan. Sila baca juga catatan berjudul "Mengharap sinar di Taman Permata" (Free Malaysia Today, 5 November 2013).


Satu lagi kunjungan dibuat pada 1 Mac 2014. Berikut beberapa rakaman video menggunakan Samsung Note 8.0:


Video 1 - [Bahasa Tamil] Puan Mathavi menceritakan situasi semasa.
Video 2 - [Bahasa Malaysia] Puan Manorama menceritakan situasi semasa.
Video 3 - [Bahasa Tamil] Luahan hati sebahagian penduduk Taman Permata.
Video 4 - Suasana hari ke-264 penduduk mencari suaka di khemah.


Berikut pula empat makalah yang ditulis hasil kunjungan dan wawancara penduduk pada 1 Mac 2014:


Makalah 1 - Perjuangan Wanita Taman Permata
Makalah 2 - Mencari Dalang di Taman Permata
Makalah 3 - Mana Rumah Teres Kami?
Makalah 4 - Dari Galloway ke Taman Permata