Walaupun Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Abdul Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan pada 20 Februari 2014
bahawa RM35 juta sudah diperuntukkan bagi menyelesaikan isu penduduk di Taman
Permata, Dengkil, Selangor, penduduk terbabit masih belum mahu mempercayainya.
Abdul Rahman menerusi mesej Twitter mengaku kementeriannya akan
membina 400 unit rumah di atas tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri
Selangor. Namun begitu, apa yang amat menghairankan adalah bahawa para penduduk
terjejas langsung tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara itu.
“Kami sendiri hanya mendapat tahu daripada
orang luar. Mungkin dalam usaha menjaga nama baik Datuk Seri Najib Razak selepas Waythamoorthy
melepaskan jawatan, maka menteri itu mengeluarkan kenyataan. Tapi kami memang
tidak tahu apa-apa dan tidak ada apa-apa tanda ia dilaksanakan setakat ini,”
kata M Rajeswary yang ditemui pada 1 Mac 2014.
Beliau antara puluhan penduduk Pangsapuri
Taman Permata yang memilih untuk tinggal di dalam khemah di kawasan letak
kereta Blok 5 sejak 11 Jun 2013 [BACA DI SINI] berikutan gegaran dan
keretakan pada blok berkenaan.
[BACA KISAH LANJUT DI SINI] Baca juga - Dari Galloway ke Taman Permata