10 Mar 2014

Mencari “dalang” di Taman Permata

Penduduk Taman Permata, Dengkil menerima berita gembira selepas sambutan Deepavali pada tahun lalu; iaitu bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah memperuntukkan tanah seluas 30 ekar untuk membina rumah bagi sekitar 400 keluarga terbabit.
 
Namun begitu, sehingga kini, tarik tali masih berlaku antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Perkembangan ini membuatkan penduduk Pangsapuri Taman Permata – khususnya penghuni Blok 5 yang tinggal di dalam khemah sejak 11 Jun 2013 – semakin hilang sabar.
 
Apakah segala kesulitan berlaku akibat masalah yang sengaja ditimbulkan oleh kerajaan pusat (Barisan Nasional) dan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat); atau ada “dalang” yang bermain wayang?
 
Wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berkunjung ke Taman Permata pada 3 Ogos 2013, 2 November 2013 [BACA DI SINI] dan terkini pada 1 Mac 2014 untuk melihat sendiri keadaan di sini. Hasil tinjauan dan perbualan dengan para penduduk, kami memahami mengapa mereka marah dan kecewa terhadap kerajaan pusat.