[Mangsa menceritakan perjuangan yang bermula sebelum mereka diarah
berpindah dari tapak asal Putrajaya.]
Isu rumah teres melibatkan hampir 400
keluarga di Taman Permata, Dengkil, Selangor nampaknya mempunyai kisah silam
yang agak menarik untuk ditelusuri.
Pelbagai muslihat, manipulasi, penipuan,
penindasan dan politik kotor sudah berlaku seawal tahun 1994 melibatkan
“penduduk asal” Putrajaya. MIC yang diharapkan membantu, akhirnya
bermain silap mata.
Wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berpeluang
mendengar sendiri kisah ini daripada sekumpulan penduduk apabila kami
berkunjung ke “khemah perjuangan” penduduk terbabit di kawasan tempat letak
kereta bersebelahan Blok 5 pada pagi 1 Mac 2014.
Tujuan asal kami adalah untuk meninjau,
mengetahui serta melaporkan perkembangan terkini perjuangan penduduk terbabit
yang menutut hak rumah teres yang dijanjikan kerajaan pusat; seperti dicatatkan
dalam makalah “Perjuangan wanita Taman Permata” (FMT, 8 Mac 2014).
Kami berbual-bual dengan sekumpulan
penduduk yang tinggal di dalam khemah sejak gegaran berlaku di Blok 5 pada 11
Jun 2013 dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mengesahkan kelima-lima blok
tidak selamat dihuni.
“Saya dan isteri bekerja sebagai penoreh
getah di Ladang Galloway selama 25 tahun sebelum penduduk ladang itu
bersama-sama penduduk Ladang Perang Besar, Medingly dan Sedgeley dipindahkan ke
sini bagi memberi laluan kepada pembangunan Putrajaya,” kata Muniandi Rajoo yang
mengetuai Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Galloway dan Medingly.
[BACA PENDEDAHAN LANJUT DI SINI] Baca
juga – Deepavali di Taman Permata