Kenyataan media ini
dikeluarkan oleh Uthaya Sankar SB selaku penganalisis politik dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya pada 17
April 2013 di Shah Alam,
Selangor.
1. Tindakan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Zulkifli Noordin sebagai “rakan BN”
untuk bertanding kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
memberi gambaran seolah-olah BN mempersenda, memperlekeh serta tidak mengambil
kira sensitiviti orang ramai, khususnya kaum India.
2. Umum mengetahui bahawa Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan
yang menghina kaum India, penganut agama Hindu serta agama Hindu. [DUA KLIP VIDEO] Tindakannya turut dibidas
masyarakat Melayu-Islam kerana mencemar
kesucian agama Islam yang tidak membenarkan umatnya menghina mana-mana agama
lain.
3. Sebagai seorang pengamal media, perunding media dan penganalisis
politik, saya terkejut dengan tindakan BN mengambil Timbalan Presiden Perkasa
itu bertanding atas tiket BN pada PRU-13. Pengumuman itu dilakukan Pengerusi
BN, Datuk Seri Najib Razak pada 16 April 2013 – SENARAI DI SINI.
4. Dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman itu dibuat, tidak ada
mana-mana pemimpin MIC yang tampil menyatakan bantahan.
MIC selalu mendabik dada mengatakan ia wakil tunggal kaum India dalam kerajaan dan BN. Maka,
amat mengecewakan apabila pemimpin MIC memilih untuk berdiam diri dalam hal
ini; bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku. [Baca - Pencalonan Zul: MIC Membisu]
5. Sebelum ini, pemimpin MIC dan pemimpin pelbagai pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) kaum India dan agama Hindu (termasuk Malaysia Hindu
Sangam) tampil mengecam Ridhuan Tee Abdullah dan Zulkifli yang mempersenda dan menghina
kaum India dan agama Hindu.
6. Bagaimanapun, apabila BN mengambil Zulkifli sebagai calon untuk PRU-13,
politikus kaum India, pemimpin NGO kaum India dan pemimpin NGO agama Hindu bagaikan
tidak berani bersuara. Para pemimpin kaum India dalam BN – khususnya MIC dan PPP – umpama tidak ada pilihan
selain menyokong penuh kempen Zulkifli. Ini merupakan satu lagi
penghinaan kepada kaum India.
7. Walaupun saya tidak menyokong mana-mana parti politik, saya sangat
kecewa dengan tindakan BN memilih Zulkifli sebagai calon BN. Saya menyeru
masyarakat pelbagai kaum di Parlimen
Shah Alam supaya tidak mengundi Zulkifli sebagai tanda dan mesej jelas
kepada BN bahawa masyarakat pelbagai kaum di Parlimen Shah Alam khasnya dan di
negeri Selangor amnya menolak calon yang rasis, fanatik, etnosentrik dan ultra
kiasu serta menghina agama/kaum lain.
8. Masyarakat pelbagai kaum/agama yang mencintai keamanan dan meraikan
kepelbagai kaum/agama serta menolak segala bentuk penghinaan yang dilakukan
orang-orang seperti Zulkifli dan Ridhuan Tee wajar memberi pengajaran penting
kepada BN menerusi kuasa undi pada PRU-13. [PANDUAN MENANDA KERTAS UNDI]
9. Sebelum ini, pelbagai pihak (individu dan NGO) sudah menyatakan
bantahan secara terbuka terhadap Zulkifli dan Ridhuan Tee tetapi pihak berkuasa dan
BN tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kedua-dua mereka bagaikan
kebal dan lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.
10. Maka, menjelang PRU-13, biarlah orang ramai (rakyat) menjatuhkan hukuman terhadap
golongan rasis dan mana-mana parti politik yang menyokong individu seperti itu.
Biarlah BN mendapat mesej jelas bahawa masyarakat pelbagai kaum/agama menolak
politik perkauman dan politikus yang bersikap rasis. [PANDUAN MENANDA KERTAS UNDI]
11. Saya juga menyeru masyarakat pelbagai kaum “menghukum” MIC yang gagal membela kaum India
sedangkan parti politik itu sentiasa mendabik dada berkata ia berjuang membela
kaum India. Setiap undi kepada calon MIC samalah seperti satu undi kepada
pihak yang menyokong politikus yang menghina kaum India dan agama Hindu. [PANDUAN MENANDA KERTAS UNDI]
12. Rasional yang mudah adalah bahawa selagi rakyat
tidak “menghukum” pesalah, selagi itulah politikus akan terus berbuat sesuka
hati tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat. [Baca juga - Kesabaran Kami Ada Had] [Baca juga - Tolak Politikus Rasis]
NOTA: Kenyataan media ini disiarkan di The Malaysian Insider (17 April 2013) dan Free Malaysia Today (17 April 2013). Disiarkan sebagai berita dalam akhbar Nam Naadu (Tamil) pada 18 April 2013. Analisis terhadap akhbar-akhbar Tamil pada 17 April 2013 boleh dibaca di sini - Pencalonan Zul: MIC Membisu (The Malaysian Insider, 18 April 2013). Baca juga Politikus dalam Selimut (Free Malaysia Today, 19 April 2013). Bagi Muhyiddin Yassin, Zulkifli Noordin adalah "a man with calibre" (The Malaysian Insider, 19 April 2013) manakala Thanenthiran (Parti Makkal Sakti Malaysia) mahu kaum India "memaafkan Zulkifli" (Malaysiakini, 19 April 2013). Hanya seminggu selepas nama Zulkifli diumum, Anwar Ibrahim memberikan komen "sukar dipercayai" (The Malaysian Insider, 23 April 2013). Lebih banyak bahan bacaan di sini: TOLAK POLITIK PERKAUMAN.
TERKINI: Pada hari penamaan calon (20 April 2013), calon UMNO, Che Johan Che Pa TIDAK menyerahkan borang pencalonan; sekali gus membolehkan calon bebas, Ibrahim Ali hanya ditentang calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Satu lagi bukti nyata (kecuali dapat dibuktikan sebaliknya) bahawa UMNO/BN terus menyokong calon rasis, etnosentrik, fanatik dan ultra kiasu seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin. Rujuk juga: PANDUAN MENANDA KERTAS UNDI dan TIADA MAAF BAGIMU.
23 April 2013: Lebih 100 ahli MIC di Shah Alam dilaporkan keluar parti kerana membantah pencalonan Zulkifli Noordin serta dua isu lain. BACA DI SINI.
TERKINI: Pada hari penamaan calon (20 April 2013), calon UMNO, Che Johan Che Pa TIDAK menyerahkan borang pencalonan; sekali gus membolehkan calon bebas, Ibrahim Ali hanya ditentang calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Satu lagi bukti nyata (kecuali dapat dibuktikan sebaliknya) bahawa UMNO/BN terus menyokong calon rasis, etnosentrik, fanatik dan ultra kiasu seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin. Rujuk juga: PANDUAN MENANDA KERTAS UNDI dan TIADA MAAF BAGIMU.
23 April 2013: Lebih 100 ahli MIC di Shah Alam dilaporkan keluar parti kerana membantah pencalonan Zulkifli Noordin serta dua isu lain. BACA DI SINI.