12 Oct 2024

Bengkel Penulisan Cukaria

Pengenalan

Portal Cukaria yang mengiktiraf dirinya sebagai “portal cerpen tersensasi negara” menyiarkan cerpen di laman Facebook pada setiap hari Isnin dan Rabu. Karya yang tersiar adalah pelbagai dan tidak terhad kepada tema, gaya, teknik, dan isu tertentu.

Apabila cerpen tersiar, penulis berhak menerima honorarium berbentuk enam buah buku terbitan Buku Fixi. Ia satu platform baik bagi penulis baharu dan lama, tua dan muda untuk berkarya secara lebih bebas tanpa terikat kepada syarat dan peraturan yang terlalu mengawal kreativiti.

 

Kekangan

Walaupun ramai orang berminat dan bercadang mahu menulis untuk Cukaria, muncul beberapa kekangan dan halangan. Misalnya, tiada panduan tentang format manuskrip cerpen, serta ketiadaan masa untuk duduk menulis akibat hambatan kerja dan urusan harian.

 

Bengkel Penulisan

Berbekalkan pengalaman menulis secara profesional sejak tahun 1992, saya [Uthaya Sankar SB] bercadang mengendalikan bengkel penulisan cerpen khusus bagi sesiapa yang berminat menulis cerpen bagi portal Cukaria. Bengkel ini bukan anjuran Cukaria tetapi dikendalikan dengan “restu” pengasas portal berkenaan. Bengkel dikendalikan dengan kerjasama Perpustakaan Pekan Semenyih. Penyertaan dalam bengkel ini bukan “jaminan” bahawa cerpen peserta pasti tersiar di portal Cukaria, tetapi peluang untuk “lulus bagi siaran” amat tinggi kerana saya akan memberi bimbingan khusus untuk membolehkan karya tembus ke Cukaria – cara “pikat” editor/penilai.

 

Tarikh

23 November 2024 (Sabtu)

Ada perubahan tarikh atas permintaan pihak PPAS

 

Masa

9:00 pagi – 5:00 petang

(Peserta perlu hadir sepenuhnya)

 

Tempat

Perpustakaan Desa Beranang

Kompleks Penghulu Mukim Beranang

43700 Beranang, Selangor

Waze: PPAS Beranang

 

Peserta

Dihadkan kepada sepuluh (10) orang yang benar-benar berminat menghasilkan cerpen untuk dihantar ke portal Cukaria. Pendaftaran hanya sah apabila yuran dibayar. Pendaftaran ditutup apabila cukup 10 peserta.

 

Bayaran/Yuran

Setiap peserta dikenakan bayaran RM30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) bagi menampung kos sarapan, makan tengah hari, minum petang, dan logistik. Bimbingan pula diberi secara percuma demi niat berkongsi ilmu. Kos perjalanan, pengangkutan, dan sebagainya ditanggung peserta sendiri. Yuran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri, tidak hadir, atau pulang awal.

 

Keunikan dan Kandungan Bengkel

Bengkel Penulisan Cukaria dirangka khusus bagi peserta yang mahu menghasilkan cerpen yang sesuai dan berpotensi tinggi untuk tembus bagi siaran portal Cukaria. Beberapa cerpen saya pernah tersiar di portal Cukaria (“Sal Buka Tudung”, “Remaja Dalam Almari”) dan boleh dibaca dalam buku Cerpen (2024). Cerpen beberapa peserta yang menyertai bengkel kendalian saya juga sudah tersiar di Cukaria pada tahun ini.

Peserta akan dibimbing secara menyeluruh tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghasilkan sebuah cerpen bermutu. Misalnya, aspek cangkuk naratif, teknik memulakan cerpen, unsur saspens dan twist, pemerengganan, plot, dialog, dan pengakhiran cerpen yang berkesan.


Beberapa cerpen yang tersiar di portal Cukaria akan turut dianalisis untuk mengetahui kelebihan, keunikan, dan keistimewaan yang mungkin telah menarik perhatian penilai/editor.

Aspek teknikal seperti format menaip manuskrip, biodata, maklumat penulis, tatabahasa, dan etika mengirim cerpen melalui e-mel juga disentuh.

Sesi sumbang saran (brainstorming), perbincangan berkumpulan, dan bedah karya turut diadakan secara intensif. Peserta hanya membawa idea cerpen ke bengkel; bukan bawa manuskrip cerpen yang sudah siap. Proses menulis dibuat semasa bengkel. Jangan lupa bawa komputer riba!

Sasaran Bengkel Penulisan Cukaria ialah setiap peserta menyiapkan sebuah (1) cerpen yang layak dikirim ke portal Cukaria sebelum bengkel tamat.

 

Rangka Atur Cara

Atur cara terperinci akan diberi kepada peserta berdaftar. Harap maklum bahawa program dijalankan mengikut “Waktu Kavyan” iaitu masa sepertimana dinyatakan pada jadual. Peserta yang tiba lewat bergaya (fashionably late) dianggap tidak hadir, dan tidak dibenarkan menyertai bengkel.

 

8:30 pagi – Ketibaan peserta; Sarapan

9:00 pagi – Bengkel Intensif

1:00 tengah hari – Makan tengah hari; Rehat

2:00 petang – Bengkel Intensif

4:30 petang – Minum petang; Tamat

 

Pertanyaan dan Pendaftaran

Hubungi 011-11411952 (Uthaya) untuk pendaftaran dan pertanyaan. Pendaftaran ditutup apabila cukup 10 peserta.

7 Oct 2024

Tak Semestinya Semua Cerpen Penuhi Selera Pembaca

Walaupun ada 28 cerpen dalam koleksi bertajuk Cerpen (2024) terbitan Buku Fixi, tidaklah pula saya tertarik dengan semua cerita yang disajikan.

Misalnya, melihat saja tajuk cerpen seperti “Bubur Mat Jambu”, “Semangkuk Bubur” dan “Wanita Farsa”, saya sudah boleh agak Uthaya Sankar SB selaku penulis menghentam individu tertentu menggunakan lesen kreatif.


Tidak dapat tidak, tokoh macam Anwar Ibrahim, Najib Razak dan Rosmah Mansor terbayang depan mata semasa saya membaca beberapa cerpen.

Cerpen macam “Laksamana Arjuna” pula dijadikan alat mengkritik beberapa hal yang kita percaya sebagai sejarah milik orang Melayu selama ini. Begitu juga cerpen “Darurat di Pulau Cinta” yang bersembunyi di sebalik sebuah pulau yang tak wujud untuk mendedah situasi politik Malaysia.

Tapi apabila difikir balik, bukankah itu peranan sastera dan tangungjawab penulis? Iaitu merakam kisah sezaman. Kalau setakat cerita kahwin-cerai-rujuk-bermadu atau projek juta-juta yang tak masuk akal, bukan realiti hidup kita.


Sebaliknya, selepas tenang daripada rasa marah membaca kritikan berani dan sinis dalam cerpen-cerpen ini, saya rasa elok jugalah ada fiksyen macam ini. Barulah minda tak beku.

Lagi pun, ikut catatan pada setiap cerpen, kebanyakan ditulis pada tahun 1990-an. Saya sebagai otai yang membaca kisah-kisah ini dapat relate terus dengan hal-hal yang berlaku di dalam negara pada masa itu.

Contohnya, macam kejayaan Mahathir Mohamad semasa jadi perdana menteri meminda Perlembagaan Persekutuan sampai Raja-raja Melayu hilang kekebalan jelas dalam satu cerpen dalam buku 272 halaman ini.


Cerpen macam “Nating” dan “PRU-0” beri rasa puas kepada pembaca kerana dapat berkongsi rasa menyampah pada perangai orang politik yang tanam tebu di bibir setiap kali nak pancing undi. “Saya Sebatang Pensel” pula bawa saya kepada pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 iaitu tarikh yang mengubah sejarah dan masa depan negara.

Kagum juga dengan penguasaan bahasa Melayu oleh penulis keturunan India ini. Tapi apabila difikir masak-masak, kalau kita masih nak rasa kagum, kita sebenarnya menghina kaum India, seolah-olah mereka memang tak layak pandai cakap dan tulis bahasa kebangsaan walaupun sudah beberapa generasi jadi penduduk negara ini.


Tapi pada masa sama, logiklah kita kagum apabila penulis boleh tulis perihal hidup komuniti India dalam bahasa Melayu. Orang kita memang sensitif dan cepat tersentak. Jadi, kalau nak tulis pasal agama dan budaya Bukan Melayu, memang kena berani dikritik dan kena kutuk. Entah-entah boleh dituduh cuba seleweng iman pembaca Melayu.

LGBT diselit macam jarum?

Cerpen macam “Cerita Paurnami” dan “Chitra Paurnami” yang guna purnama (bulan) sebagai objek utama memang sarat elemen India dan Hindu. Ikut catatan dalam buku ini, salah satu cerpen itu pernah tak jadi siar sebab ada unsur penyebaran agama Hindu dan melanggar Akta Penerbitan.


Budaya dan gaya hidup songsang atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diselit macam jarum dalam cerpen “Sang Kekasih” dan “Putaria”. Siap petik nama Anwar lagi! Tapi apabila kita ikuti perkembangan politik sejak akhir 1990-an dan berita-berita terbaru melibatkan tokoh serta badan amal agama, rasa macam sudah tak hairan dengan kisah-kisah yang didedah.


Terkejut juga baca cerpen “Sayap Emas Isteri Ketiga” dan “Sal Buka Tudung” sebab boleh rasa siapa yang dikritik. Tapi mujurlah buku-buku terbitan Fixi bukan semua orang baca. Lagi pun, dia dah letak label ‘untuk pembaca matang’ pada kulit untuk elak masalah.

Lepas habis baca, rasanya memang baguslah ada buku macam ini. Pembaca boleh ingat balik hal-hal politik yang berlaku semasa setiap cerpen ini ditulis dan tersiar. Memang terhiburlah.


Macam cerpen “Cat” dan “Yang Aneh-aneh” yang memang saya tak boleh faham bila baca mula-mula. Tapi bila dibaca balik, macam sedap pula walaupun masih tak faham mesej sebenar.

Isu-isu masyarakat ada dalam cerpen “Scammer”, “Remaja dalam Almari”, “Sasterawan Pulau Cinta” dan “(2) Postmortem”. Cara cerita diolah memang bagus dan menarik untuk kita terus baca sampai habis.

(Muhammad Amin seorang pembaca Malaysiakini yang kadang-kadang baca buku cerita. Ulasan ini disiarkan di Malaysiakini pada 25 September 2024.)

A Unique Expose of Sociopolitical Realities

[Dr. Lalita Sinha reviews Uthaya Sankar SB’s Cerpen which stands out as a perceptive and bold social commentary, making it a significant work in contemporary Malaysian literature.]

A collection of 28 short stories, Uthaya Sankar SB’s Cerpen (Fixi, 2024) is intriguing in several ways, including the choices of a black-and white cover and enigmatically simplistic book title. I interpret it as, less is more, or less telling, more showing!

Each story is meticulously crafted, a mirror to society from 30 years ago to today, and still as relevant. I would go so far as to say, the author demonstrates the role of “poet or prophet” at play.

Not the iGen or Gen Alpha reader to whom it is dedicated, I let my inner comparatist reign in choosing which story to read first. OK, the titles seem to be arranged in chronological order, so I started with the first, most recent one perhaps from this year, one from the middle, and ending with the last story, written when the author was 21.

Scammer has a large measure of mystery, personal struggles, and a relatable “urban poor” ungendered protagonist who is a nameless everyman. Frankly, I found the initial repetitive accounts of phone calls unwarranted and barren, only to realise how purposefully utilised, for a dystopian, disturbing, story on a prevailing social phenomenon.

Typically, the reader is taken along a certain path, to realise they are left on an entirely different one. The reveal, albeit dramatic, is not completely a reveal. It leaves me startled, with questions. In the present tense, because it has such a lingering effect.

I must revisit this story, in the hope of finding crumbs left by the author that may lead to answers. The story’s simplicity belies a complexity and sophistication of plot and theme, and particularly, characterisation. Ingenious!

Sasterawan Pulau Cinta is a thinly veiled, hard-hitting satire that prevails in a “neighbouring land”. On the limited canvas of this story, every element is purposefully provocative. I would describe it, in Manglish, as “Everybody also kena.” God (including demi-god and semi-demon), humans (the literary, religious, political, social) and the environment (natural disaster), all highly topical elements.

The exposition is a tragedy, and the narrative, a consummate portrayal of the effects of self-righteousness and foolishness, at a level bordering on comedy. Yet is serious, as in deadly serious. The resolution is chilling, even more so because it is a self-fulfilling prophecy! What the “sasterawan” felt in 1995 comes true in 2002. Can’t be brave? Try bravado!

(2) Postmortem is the last story in this collection. Perhaps the format of the title is a play on “Postmodern”? It begs the question: Shouldn’t it be written as, “Postmortem–2” like, referring to a sequel? And how could the reality portrayed have meaning and reason?

Basically, it is a narrative of life involving death, betrayal, child abuse, pimps and prostitutes, injustice and dirty politics in linear progression. Again, close encounters of the dystopian kind. Except, the sharp and captivating observations of peculiarities of ethnic Malaysian speech and behaviour (“Mak Kiah mencebikkan bibir ke arah rumah jirannya”) feel like rays of light lending relief and even hilarity from the general feeling of physical and mental overwhelm as I read the story.

Without giving any more of the story away, it is a cleverly written, fearless and unique expose of sociopolitical realities. Based on these three stories (and a couple of others I transcreated previously for The Painted Cat collection last year), this book is a keeper. It is a perceptive and bold social document presenting as fiction. Cerpen reflects an unusual and gifted Malaysian writer’s choice to swim against the tide, to battle issues, and to preserve ideas and ideals that few take on.

(Dr. Lalita Sinha is a literary scholar, translator, and critic. Specialising in the field of Comparative Literature, Lalita’s works cover a range of disciplines, from mysticism and literary translation to children’s literature. This review was published in Eksentrika on 22 September 2024.)

29 Sept 2024

Wawancara di Lorong B, Aulong Lama

Pada 27 September 2024, saya (Uthaya Sankar SB) bertemu beberapa keluarga yang merupakan penduduk terawal di Lorong B, Aulong Lama, Taiping, Perak. Rujuk “Kenangan di Lorong B, Aulong Lama” untuk maklumat berkaitan.

Kesemua individu yang ditemui amat bersetuju dengan cadangan mendokumentasi kenangan lama menerusi tulisan, foto, dan rakaman video. Reaksi positif dan sokongan padu yang diberi tentulah mengujakan dan menaikkan semangat saya untuk melaksanakan projek “Kenangan di Lorong B, Aulong Lama” seperti dijadualkan.

Maka, sesi pertemuan dan wawancara di Lorong B dirancang seperti berikut. Wawancara dalam Bahasa Malaysia, Tamil, atau Inggeris (mengikut keselesaan individu yang diwawancara).

16 Nov 2024

(Sabtu)

Aktiviti

Nota

11:00 pagi

Rakam foto dan video di Lorong B

 

12:00 t/hari

Wawancara di 175 Lorong B

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Vijayan,

Thurairaj

1:00 t/hari

Makan tengah hari dan rehat

 

2:00 petang

Wawancara di 172 Lorong B

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Keluarga Roshima

3:00 petang

Wawancara di 177B Lorong B

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Keluarga Mageswary

4:00 petang

Wawancara di 179 Lorong B

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Keluarga Janakee

5:00 petang

Rakaman video Projek Komuniti Kavyan

Permainan tradisional, melukis, mewarna

Visual lakonan semula suasana 1980-an

Moganabal

6:00 petang

Wawancara di Jalan Masjid

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Keluarga Packiam

7:00 malam

Makan malam dan rehat

 

8:00 malam

Meneliti bahan rakaman

 

9:00 malam

Kemas kini maklumat di media sosial

 



17 Nov 2024

(Ahad)

Aktiviti

Nota

8:00 pagi

Sarapan di Pasar Aulong

 

9:00 pagi

Wawancara di Taman Kami

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

Keluarga Satiaveni

10:00 pagi

Rakaman landasan kereta api (Lorong A)

 

11:00 pagi

Wawancara di 176 Lorong B

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

 Sivasankar

12:00 t/hari

Wawancara penduduk yang sudi

1 orang = maksimum 5 minit sahaja

Rakam foto dari album lama (jika ada)

 (masih ada)

1:00 t/hari

Pulang ke Shah Alam

 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya (Uthaya) menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2024. Sebarang pertanyaan selepas itu berkaitan topik ini tidak akan dilayan kerana saya sibuk membuat persiapan bagi rakaman.

22 Sept 2024

Kenangan di Lorong B, Aulong Lama

[Klik beta untuk besarkan]

Lorong B, Aulong Lama, Taiping, Perak amat bermakna bagi saya kerana saya tinggal di sana (rumah nombor 176) sejak lahir (1972) hingga hujung tahun 1991; sebelum berpindah ke Klang, Selangor – dan seterusnya ke Taman Sri Muda, Shah Alam pada tahun 2000.

Jiran yang tinggal di sepanjang Lorong B menjadi sebahagian daripada hidup keluarga saya. Yang kecil sudah besar; yang muda sudah tua. Ramai yang sudah berpindah dan berhijrah. Malah, ramai yang sudah tiada (meninggal dunia).

Pada 23 Mei 2024, saya mengunjungi Puan Janakee Sinniah. Keluarga beliau antara peneroka terawal di Lorong B. Video wawancara beliau boleh ditonton [di sini].

Sesungguhnya, suasana dan keadaan fizikal di Lorong B sudah jauh berbeza. Generasi muda mungkin tidak tahu mengenai kisah-kisah tahun 1970-an dan 1980-an. Kandang lembu, bekas lombong bijih timah, landasan kereta api, dan pelbagai perkara lain (rujuk peta) sudah lenyap.

Pengalaman menyertai Festival Filem Raintown (13-15 September 2024) di Taiping turut menyedarkan saya betapa perlu dokumentasi dibuat segera tentang sejarah, suasana, pengalaman, dan kenangan penduduk Lorong B, Aulong Lama pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Selain melakukan dokumentasi secara bertulis (rencana, fiksyen), saya juga mahu mengusahakan rakaman video (wawancara, lakonan semula) bersama penduduk (dan bekas penduduk) Lorong B

Foto-foto lama juga pasti amat membantu. (Foto akan disalin secara digital. Foto asal tidak akan diambil daripada pemilik.)

Promosi di Facebook [di sini], Twitter [di sini].

Wawancara dalam Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Rakaman menggunakan peralatan mudah seperti telefon bimbit dan komputer riba; bukan peralatan canggih krew perfileman profesional.

Perbincangan, wawancara, dan rakaman visual akan cuba dilakukan secara berperingkat pada Oktober dan November 2024. Sama ada secara bersemuka (pilihan terbaik) atau menerusi Google Meet. Kemudian, disunting secara amatur untuk didokumentasi di YouTube.


Bahan terkumpul juga akan digunakan dalam penulisan (rencana, catatan, blog). Semuanya dilakukan supaya kenangan lama dapat dirakam dan didokumentasi sebelum lenyap daripada ingatan dan lipatan sejarah.

Kisah adalah khusus tentang Lorong B, Aulong Lama – penduduk, pengalaman, kenangan, sejarah, harapan, peristiwa penting/unik, dan apa-apa yang berkaitan.


Saya sudah mula menghubungi individu yang saya masih kenal. Saya mengunjungi beberapa penduduk asal Lorong B pada 27 September 2024 dan mereka juga berminat dengan cadangan yang saya usulkan iaitu mendokumentasi kenangan penduduk asal Lorong B. Sesi pertemuan dan wawancara di Lorong B dijadualkan pada 16-17 November 2024



Saya juga berharap sesiapa yang pernah (atau masih) tinggal di Lorong B, Aulong Lama sudi menghubungi saya (Uthaya Sankar SB) menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 15 Oktober 2024 untuk berkongsi maklumat, pengalaman, dan kenangan.