Sesi: Mata Mendengar, Telinga Berbicara
Tarikh: 5 Julai 2020
(Ahad)
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Platform: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta: Penulis dan Peminat Sastera
Peserta perlu ada akses Google Meet. Sesi ini diatur
susulan kejayaan Ceramah Penulisan
Cerpen (7 Jun 2020) dan Memancing Minat Pembaca
(21 Jun 2020). Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia
dengan bantuan tayangan slaid.
Jumlah peserta yang disasarkan
adalah maksimum 20 orang sahaja supaya
tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta (penulis dan peminat sastera). Peserta
digalakkan berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi berlangsung.
Ceramah Mata Mendengar,
Telinga Berbicara mengkhusus kepada panduan dan teknik memanfaatkan pancaindera dan rasa dalam cerpen: oleh penulis, watak, dan pembaca.
[Lihat juga — Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel]
Beberapa cerpen Uthaya
(1990-an, 2000-an, dan 2010-an) dijadikan contoh bagi memudahkan pemahaman
terhadap aspek penggunaan pancaindera
[ya, sebenarnya ada enam!] dan rasa [minimum sembilan] yang sering gagal (atau terlupa) diberi perhatian
sewajarnya oleh penulis dan pembaca.
Para peserta dinasihatkan supaya menyediakan kertas/buku dan
alat tulis untuk mencatat nota. Slaid PowerPoint
tidak diedarkan.
Peserta yang mengikuti ceramah Mata Mendengar, Telinga Berbicara
sepenuhnya sahaja menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil dikirim selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.
Berikut komen beberapa peserta sesi “Mata Mendengar, Telinga
Berbicara”:
“Sesi informatif kepada penulis. Bukan mudah untuk
menunjukkan emosi di atas kertas tetapi jika mampu, karya akan menjadi indah.”
— Thanusya
Shanmuganathan
“Perkongsian yang mudah difahami dengan contoh yang
praktikal. Rasa berbaloi meluangkan masa menyertai sesi ini. Banyak input
diperoleh. Interaksi dua hala antara penceramah dan peserta sangat efektif dan
membantu saya lebih memahami topik yang disampaikan.” — Hidayat Muhamad
“Sesi yang membuka emosi dan pancaindera penulis.” — Anuradha Chelliah