Buku Ramayana dan Mahabharata dijadualkan
terbit menjelang hujung September 2019.
Sesungguhnya, usaha penerbitan buku ini dalam siri Karya Klasik India mustahil menjadi
kenyataan tanpa sumbangan ikhlas daripada para penyumbang budiman — senarai nama di sini.
Sebagaimana dalam buku Thirukkural dan Megha Duta (2018), saya
bercadang memuatkan pandangan pembaca (rakan-rakan) pada bahagian “Pengantar”
buku baharu ini.
Panduan dan syarat berikut
ditetapkan demi memastikan segala urusan berjalan lancar.
1. Panjang
komen/pandangan adalah maksimum 15
perkataan sahaja. (Pandangan yang lebih panjang akan ditolak secara automatik.)
2. Pada hujung
komen/pandangan, nyatakan nama anda
dan tempat tinggal (bandar).
3. Rujuk contoh
dalam buku Thirukkural dan Megha Duta
sebagai panduan.
4. Pandangan/komen
perlu ditulis menggunakan Bahasa Malaysia yang betul.
5. Komen/pandangan
anda mungkin disunting mengikut keperluan
(tanpa mengubah maksud).
6. Keutamaan
diberi kepada komen/pandangan yang kritis dan membina.
7. Tolong jangan
mengulang pandangan yang menyerupai komen-komen dalam buku Thirukkural dan Megha Duta, dan buku-buku lain sebelum ini.
8. Komen/pandangan
adalah mengenai karya-karya saya sebelum ini.
9. Pandangan
yang memuji-muji saya (Uthaya Sankar SB) tidak akan disiarkan.
10. Kirim ke
e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011 – 114 119 52.
11. Pandangan/komen
wajib dikirim selewat-lewatnya pada 31
Julai 2019, pukul 8:00 malam.
Sebarang kiriman komen/pandangan selepas itu tidak dapat dilayan. [Baca — Pandangan Pembaca Budiman]
Dalam pada itu, harap maklum bahawa nama para penyumbang
yang membuat tempahan awal berbayar sehingga 15 Ogos
2019 sahaja dapat disenaraikan dalam buku Ramayana
dan Mahabharata.