“Bandar raya Ayodhya terletak di tebing Sungai Saryu dan diasaskan oleh Ikshavaku, iaitu anak sulung Manu,” nenek memulakan cerita; sekali gus membawa Ganesh dan Dhurga mengembara ke alam penuh keajaiban.
Sementara itu, Hassan
dan Hussain tidak sabar untuk mendengar datuk mereka menceritakan
bagaimana Vyasa berjaya menghafaz dan menyanyikan epik Jaya yang dipercayai dirakam dalam bentuk tulisan oleh Ganesha,
sang dewa berkepala gajah.
Kisah dalam epik Ramayana
tidak hanya berkisar tentang Rama, Laksamana, Sita, Hanuman, dan Ravana. Begitu juga, bukan
hanya kisah Arjuna dan Krishna, serta perang
Pandava dan Kaurava membentuk epik Mahabharata.
Penduduk pelbagai kaum, agama, latar pendidikan, dan budaya
di Malaysia mungkin tahu serba sedikit mengenai Ramayana dan
Mahabharata. Kita tahu mengenai
kisah Sita yang dilarikan oleh Ravana, lalu Rama dan Laksamana, dengan bantuan
Hanuman, berjaya menyelamatkannya.
Kita tahu tentang kisah perang antara lima adik-beradik
(Pandava) dengan seratus orang sepupu mereka (Kaurava). Kita tahu tentang
dialog antara Arjuna dan Krishna di medan perang — dikenali pula sebagai Bhagavad Gita yang mampu berdiri
sendiri.
Akan tetapi, kita tidak tahu — dan tidak ambil tahu — tentang
apa-apa yang berlaku lama sebelum kelahiran Rama dan Arjuna. Akibatnya, kita
terlepas peluang menikmati pelbagai kisah menarik yang begitu mengujakan dan mendebarkan,
serta mampu merangsang imaginasi dan kreativiti.
Panjang Mahabharata adalah hampir empat kali ganda epik Ramayana, dan merupakan teks puisi terpanjang di dunia!
Tentulah sukar untuk memaparkan keseluruhan kisah Mahabharata dan Ramayana dalam buku ini. Apatah lagi, buku ini diterbitkan dengan
dana terhad, hasil sumbangan ikhlas daripada orang ramai — lihat senarai nama penyumbang.
Harapan saya adalah agar selepas membaca buku ini, orang ramai mencari epik Ramayana dan Mahabharata untuk menikmati keseluruhan cerita.
Sudilah KLIK DI SINI jika anda mahu mendapatkan
maklumat lanjut dan mahu memiliki buku ini.
Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB) jika ada sebarang
pertanyaan.
Lihat juga — Thirukkural dan Megha Duta — Vetalam dan Vikramaditya.
Lihat juga — Thirukkural dan Megha Duta