8 Jul 2018

Nama-nama dari Sangakalam


Beberapa nama yang popular pada Zaman Kesusasteraan Sangam (sekitar 300SM—300M) masih digunakan pada masa kini oleh kaum India, termasuk di Malaysia.

Untuk makluman, Sangakalam (Zaman Sangam) meliputi kawasan yang kini dikenali sebagai Tamil Nadu, Kerala, Andhra Pradesh, Karnataka, dan Sri Lanka.

Anda boleh membaca maklumat mengenai Aimperukapiyam yang menjadi semacam “teks wajib dibaca” bagi peminat sastera klasik Tamil menerusi esei “Mengenali Lima Epik Agung Tamil” (Malaiur Manikam, 2015).

Nama-nama klasik Tamil boleh dirujuk dalam karya Sastera Sangam seperti Silappatikaram dan Manimekalai.

Saya berikan beberapa contoh nama daripada Zaman Sangam berserta sedikit maklumat:

Manimekalai
Gabungan “mani” (மணி) dan “mekalai” (மேகலை). 

Vimalan, Vimala
Anda mungkin ada ramai kenalan dengan nama Vimalan (bagi lelaki) dan Vimala (bagi wanita). 

Perumal
Ramai yang sedia maklum bahawa Perumal ialah satu lagi nama bagi Dewa Venkateswara atau Dewa Vishnu. 

Mathavi
Banyak nama wanita dalam karya klasik Tamil pada Zaman Sangam merujuk kepada tumbuhan dan bunga-bungaan. Misalnya nama Mullai (முல்லை).

Valli
Dewa Murugan dalam purana Hindu ada dua isteri. 

Kannagi, Kamachi
Watak ini cukup terkenal dalam Silappatikaram

Meenachi, Minalochini
Nama Meenachi (Meenakshi) (மீனாட்சிtentu mengingatkan penganut Hindu kepada kuil Dewi Meenakshi di Madurai. 

Esei lengkap boleh dibaca dalam buku Kumpulan Esei SB (2022).