Baru-baru ini tersebar ura-ura dan cadangan
seorang menteri mahu menyekat penggunaan laman rangkaian sosial Facebook oleh rakyat Malaysia.
Sesungguhnya ada kesan baik dan buruk.
Semuanya berbalik kepada etika, tahap mentaliti, sikap dan jati diri pengguna.
Samalah seperti sebatang mancis yang boleh
digunakan sama ada untuk memasang pelita (yang menerangkan kegelapan) atau
membakar rumah (yang membawa kemusnahan).
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Datuk Dr Awang Sariyan berkongsi pandangan
menerusi Facebook pada 11 Ogos 2014.
“Media sosial ialah wadah atau alat.
Pengisiannya ditentukan oleh manusia. Jika hendak isi wadah baik, isikanlah
yang baik-baik ke dalam wadah itu. Membuang wadah hanya kerana ada manusia yang
mengisikannya dengan yang tidak baik tentu bukan langkah yang bijak,” katanya.
Kebetulan, pada masa yang sama juga saya
mendapat maklumat mengenai penyalahgunaan Facebook
oleh beberapa guru di sekitar Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang.
Seorang guru lepasan pengajian Matematik
dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang didapati memaparkan tangkapan skrin (screenshot) seorang pelajar yang kononnya menyukai (like) laman “I Love Israel”.
Guru wanita itu yang menggelarkan dirinya
“Cekgi” memaparkan komen “Anak muridku suka Israel? Buat malu cikgu saja.”
Seorang lagi guru lepasan ijazah sarjana
muda seni halus Universiti Sains Malaysia (USM) yang tinggal di Simpang Ampat,
Pulau Pinang menulis komen berbentuk hasutan:
“Sedangkan sekutunya (Israel) kita boikot,
ini apakan lagi budak ni. Boikot saja. Aku sebagai guru tidak
pernah kenali pelajar ini. Mulai hari ini dan seterusnya, boikot, jangan
berkawan atau berkomunikasi dengannya. Kenyataan yang dibuat menyakitkan hati
masyarakat lain.”
Komen susulan datang daripada seorang lagi
guru wanita: “Kita bakor je” (Kita bakar sahaja).
[Makalah ini ditulis pada 18 Ogos 2014 dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 18 Ogos 2014. BACA MAKALAH PENUH DI SINI. Baca juga KOLEKSI LAPORAN PENUH ISU INI. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini
serta segala kandungan di Blog Uthaya
Sankar SB atas pilihan
sendiri.]