17 May 2024

Perbincangan Projek Komuniti di Aulong, Taiping

Pengenalan

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping menganjurkan Projek Komuniti Kavyan mulai Jun 2016. Projek ini terhenti susulan penularan Covid-19 pada tahun 2020 dan pelbagai usaha selepas itu untuk meneruskan projek itu menemui jalan buntu. Sementara itu, Kavyan berpengalaman mengendalikan beberapa program dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong. Maka, langkah diambil untuk cuba menghidupkan semula projek komuniti demi manfaat golongan kanak-kanak, remaja, dan golongan ibu bapa kaum India di sekitar Aulong dan Aulong Lama.

 

Maklumat Pertemuan

Satu pertemuan kecil diatur untuk mengumpulkan sejumlah individu yang prihatin dan berminat dalam meneruskan serta menjayakan projek komuniti.

Tarikh: 25 Mei 2024 (Sabtu)

Masa: 12.00 tengah hari [Waktu Kavyan]

Tempat: Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong

Waze: Sri Maha Sivalayam Aulong

 

Bahasa

Perbincangan dijalankan dalam Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Peserta bebas menggunakan mana-mana bahasa mengikut pilihan dan keselesaan.

 

Rangka Atur Cara

1. Ucapan alu-aluan oleh Surendran Govindasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong

2. Penerangan ringkas tentang Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama (2016-2019) oleh Jegavani Lengkan, penyelaras projek baharu

3. Membincangkan aktiviti, program, dan projek yang boleh dilakukan Kavyan oleh Uthaya Sankar SB, pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

4. Mencadangkan dan membincangkan aktiviti, program, dan projek komuniti yang sesuai dijalankan di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong

5. Membincangkan cara mempromosi program dan mencari peserta

6. Bersurai

 

Peserta Pertemuan

Individu yang berminat menyertai pertemuan dan sesi perbincangan ini wajib mendaftar sebelum 23 Mei 2024 (8:00 malam) dengan menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa “datang terus tanpa mendaftar” (walk-in) pada 25 Mei 2024 tidak dibenarkan.