Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021), Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021), Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021), Sesi Bedah Petikan Cerpen (25 September 2021), Sesi Bedah Intro Cerpen (30 Oktober 2021), Sesi Membina Watak Cerpen (30 November 2021), serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh: 30 Disember 2021 (Khamis)
Masa: 9.00 – 11.30 malam
Platform: Google Meet
Pengeras: RM20
Individu yang menjadi pembimbing mana-mana bengkel/sesi penulisan
lain tidak diterima sebagai peserta sesi
ini.
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda mendaftar nama dengan menghubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 25 Disember 2021 (11:00 malam).
2. Anda membayar pengeras RM20 ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 26 Disember 2021 (11:00 malam). Bayaran tidak dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan kepada sesi lain.
Penyertaan lewat tidak dilayan. Penyertaan tidak sah tanpa pengeras.
3. Anda menulis petikan sebuah karya asli sepanjang 200 perkataan (minimum) hingga 500 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Petikan ini mestilah bahagian awal sebuah cerpen kanak-kanak atau remaja.
4. Anda tidak dibenarkan mengirim petikan cerpen yang menggabungkan sedutan/petikan dari bahagian berbeza sebuah cerpen. Contoh: Tidak boleh mengambil perenggan 2, 7, 16, 25 dan 39 untuk digabungkan menjadi satu petikan.
5. “Cerpen kanak-kanak” bermakna cerpen yang ditulis untuk dijadikan bahan bacaan kanak-kanak (7-13 tahun). “Cerpen remaja” bermakna cerpen yang ditulis untuk dijadikan bahan bacaan remaja (14-19 tahun).
6. Anda wajib menyemak petikan cerpen anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa. Bukan tugas saya membetulkan kesalahan bahasa, kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca, dan seumpamanya.
7. Anda mengirim petikan cerpen itu (200–500 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 27 Disember 2021 (11:00 malam). Petikan cerpen yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak dilayan.
Manuskrip lewat tidak dilayan dan penyertaan terbatal.
8. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca petikan cerpen anda. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)
9. Pada 30 Disember 2021, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.
10. Saya akan berkongsi pandangan dan panduan tentang cara menulis cerpen kanak-kanak dan remaja. Perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman menulis cerpen sejak tahun 1991 dan karya-karya saya yang tersiar di pelbagai akhbar dan majalah serta pelbagai buku/antologi.
11. Petikan cerpen anda akan dibedah,
dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan
ke arah menjadikan cerpen anda lebih menarik dan berkesan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.