29 Aug 2021

Sesi Bedah Petikan Cerpen

Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021), Sesi Bedah Draf Cerpen (31 Julai 2021), dan Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021) serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan karya bermutu — fiksyen dan bukan cereka — dalam Bahasa Malaysia.

Tarikh: 25 September 2021 (Sabtu)

Masa: 9.00 – 11.00 malam

Platform: Google Meet

Pengeras: RM20

Individu yang menjadi pembimbing mana-mana bengkel/sesi penulisan lain tidak diterima sebagai peserta sesi ini.

Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:

1. Anda mendaftar nama dengan menghubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 7 September 2021 (7:00 malam).

2. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 14 September 2021 (7:00 malam).

Penyertaan lewat tidak dilayan.

3. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah karya asli sepanjang 200 perkataan (minimum) hingga 500 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan cerpen, bukan keseluruhan cerpen.

4. Jika anda menyertai Sesi Bedah Draf Karya (28 Ogos 2021), maka boleh mengirim sambungan cerpen. Jika peserta baharu, wajib menulis bahagian awal cerpen.

5. Anda wajib menyemak draf anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa.

6. Anda mengirim draf karya itu (200–500 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 21 September 2021 (7:00 malam). Draf yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan dilayan.

7. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca apa yang anda tulis. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)

Manuskrip lewat tidak dilayan dan penyertaan terbatal.

8. Pada 22 September 2021, kesemua draf karya akan dikirim kepada para peserta untuk dibaca. Sila hormati hak cipta dan hak moral; jangan kongsi karya dengan orang luar.

9. Pada 25 September 2021, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.

10. Anda wajib mencetak draf cerpen anda dan sediakan pen untuk mencatat nota sebelum mendaftar masuk bagi sesi di Google Meet. (Tidak perlu mencetak draf cerpen peserta lain.)

11. Manuskrip cerpen anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan karya anda sebuah karya lebih bermutu. Peserta lain juga akan berkongsi pandangan kerana sudah membaca draf cerpen berkenaan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan tambahan berkaitan Sesi Bedah Petikan Cerpen, sila hubungi saya (Uthaya) menerusi WhatsApp  011-11411952 sebelum 14 September 2021 (3:00 petang).