1 Apr 2021

Antologi Cereka Penulis Malaysia

 

1.0 Pengenalan

1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB sebelum ini berjudul Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020).

1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan dengan karya-karya bermutu yang dihasilkan penulis pelbagai kaum [semua kaum, etnik, agama, keturunan, bahasa ibunda, latar belakang], sebuah antologi cereka Bahasa Malaysia sedang diusahakan.

1.3 Antologi ini disasarkan untuk terbit menjelang Disember 2021.

1.4 Peluang dibuka kepada sekitar 20 individu yang berminat menghasilkan cereka (cerita rekaan) dan cerpen (cerita pendek) Bahasa Malaysia.

1.5 Karya terjemahan dibenarkan hanya jika penterjemahan dilakukan oleh penulis itu sendiri.

 

2.0 Kriteria Karya (Cereka dan Cerpen)

2.1 Karya mestilah karya asli (tanpa sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli). Peserta perlu menjamin keaslian karya.

2.2 Karya baharu yang belum tersiar di mana-mana amat dialu-alukan.

2.3 Manuskrip yang dihasilkan sewaktu menyertai mana-mana bengkel bimbingan Uthaya Sankar SB, tetapi belum tersiar di mana-mana, boleh dikemukakan bagi antologi ini.

2.4 Karya yang sudah tersiar di akhbar, majalah, atau portal dalam talian (online) boleh dikemukakan untuk antologi ini. Akan tetapi, penulis wajib mengirim versi asal (bukan versi yang disunting oleh editor akhbar atau majalah terbabit). Sumber asal perlu dikreditkan pada hujung karya selaras Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).

2.5 Karya yang sudah termuat dalam mana-mana buku (persendirian atau antologi) tidak boleh dikemukakan bagi antologi ini.

2.6 Karya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama. Karya berkaitan perjuangan/pejuang agama, kaum, dan etnik, sehingga memperlekeh pihak lain, tidak diterima. Karya perlu menyumbang kepada usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan, sebagaimana turut diimpikan Ismail Hussein.

2.7 Karya yang dimaksudkan adalah cerpen (cerita pendek) dan cereka (cerita rekaan) sahaja. Bukan rencana, puisi, atau apa-apa bentuk penulisan lain yang tidak boleh dimasukkan dalam kerangka “cerpen” atau “cereka”.

2.8 Karya boleh berdasarkan pengalaman sendiri atau kisah benar tetapi disampaikan secara kreatif dalam bentuk cerpen atau cereka.

2.9 Karya yang menyelitkan unsur budaya ada lebih banyak peluang untuk terpilih kerana karya itu nanti boleh dikaji dari aspek Sastera Kebangsaan.

2.10 Memasukkan unsur budaya dalam karya bukan bermakna menempel elemen budaya semua kaum/keturunan/etnik di Malaysia. Sebaliknya, penulis digalakkan memasukkan unsur budaya yang ada dalam kaum/keturunan/etnik sendiri. Pastikan cereka dan cerpen tidak bertukar menjadi rencana/esei budaya.

2.11 Cerpen dan cereka bertema Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dipertimbangkan.

2.12 Peserta perlu mengemukakan draf manuskrip sebelum 30 Jun 2021 untuk disemak dan dibimbing oleh penyelenggara.

2.13 Jika manuskrip mempunyai terlalu banyak kesalahan (yang sepatutnya tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim semula kepada penulis dan diberi satu peluang terakhir untuk membaiki kesalahn bahasa.

2.14 Sekiranya manuskrip yang dikirim semula masih mempunyai terlalu banyak kesalahan, maka akan mengalami desk rejection, iaitu “karya ditolak sebelum dinilai”.

2.15 Peserta perlu mengirim manuskrip lengkap (manuskrip bersih) untuk penilaian dan penyuntingan akhir sebelum 31 Ogos 2021.

 

3.0 Panjang Karya (Cerpen dan Cereka)

3.1 Boleh mengirim hanya 1 karya: 1,600 – 1,800 perkataan.

3.2 Boleh mengirim maksimum 2 karya: 800 – 900 perkataan sebuah.

3.3 Boleh mengirim maksimum 3 karya: 500 – 600 perkataan sebuah.

3.4 Boleh mengirim maksimum 4 karya: 400 – 450 perkataan sebuah.

3.5 Pilih salah satu kombinasi di atas. Kombinasi lain tidak dibenarkan.

 

4.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan

4.1 Hak cipta dan hak moral karya asal dipegang oleh masing-masing penulis.

4.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh penyelenggara (Uthaya Sankar SB).

4.3 Hak penerbitan antologi ini dipegang oleh Uthaya Sankar SB.

4.4 Sekiranya karya dalam antologi ini mahu diterbitkan semula di mana-mana, maka wajib mencatat sumber pada hujung karya selaras Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).

 

5.0 Pemilihan Peserta (Penulis)

5.1 Peluang dibuka kepada sekitar 20 individu pelbagai kaum yang merupakan warganegara Malaysia.

5.2 Individu yang belum pernah menghasilkan karya digalakkan mengambil bahagian. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

5.3 Peserta perlu bersedia menerima bimbingan dan kritikan daripada penyelenggara dalam usaha memastikan mutu karya.

5.4 Individu yang mahu menarik diri perlu berbuat demikian sebelum 30 Jun 2021. Jika menarik diri selepas manuskrip disemak, perlu membayar kos penyuntingan.

5.5 Peserta digalakkan menggunakan nama sebenar. Nama pena hanya dibenarkan jika sudah biasa digunakan sebelum ini.

 

6.0 Bayaran dan Penerbitan Antologi

6.1 Setiap peserta perlu membuat bayaran RM100 bagi membantu menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini.

6.2 Setiap peserta juga dikenakan bayaran RM10 (wajib) untuk menanggung kos menghantar buku ke alamat rumah (seluruh Malaysia).

6.3 Bayaran RM110 ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021.

6.4 Penulis tidak dibayar honorarium atau royalti.

6.5 Penulis/peserta tidak dikenakan bayaran penyuntingan dan bimbingan; kecuali jika menarik diri selepas manuskrip disemak.

6.6 Antologi dirancang supaya terbit pada Disember 2021.

6.7 Apabila buku terbit, setiap penulis akan menerima 10 buah buku dan buku akan dihantar ke alamat rumah (Malaysia sahaja).

6.8 Penulis boleh menempah naskhah tambahan pada harga diskaun khas yang ditetapkan oleh penerbit selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021. Selepas itu, hanya boleh dibeli pada harga pasaran.

6.9 Projek antologi ini hanya diteruskan jika ada tempahan awal bagi minimum 300 naskhah buku.

6.10 Bayaran RM110 akan dipulangkan jika projek terpaksa dibatalkan. Tetapi bayaran tidak dipulangkan jika penulis menarik diri, atau digugurkan atas alasan etika (ciplak dan sebagainya).

 

7.0 Biodata dan Foto

7.1 Penulis akan diminta mengirim biodata dan foto untuk dimuatkan dalam antologi.

7.2 Biodata dan foto mestilah profesional; bukan swafoto dari media sosial.

7.3 Biodata dan foto ini mungkin digunakan juga bagi tujuan promosi di blog dan media sosial.

7.4 Contoh biodata dan foto boleh dirujuk dalam antologi Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). Boleh juga merujuk Biodata Sasterawan Kavyan.

 

8.0 Pertanyaan dan Pendaftaran

8.1 Jika ada sebarang pertanyaan, atau jika mahu mendaftar nama untuk menyertai projek penerbitan antologi ini, hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952.

8.2 Maklumat awal yang wajib diberi untuk mendaftar sebagai peserta adalah Nama Penuh, Alamat Lengkap, Nombor Telefon, dan Alamat E-mel.

8.3 Pendaftaran peserta ditutup pada 30 April 2021; atau lebih awal jika sudah ada 20 penulis.

8.4 Projek antologi ini hanya diteruskan jika ada jumlah peserta yang mencukupi.