10 Sept 2019

Jarak Masa Ramayana dan Mahabharata

Berapakah jarak masa antara kisah-kisah yang berlaku dalam epik Ramayana dan Mahabharata?

Dalam epik Mahabharata, Maharisyi Markandeya bertemu adik-beradik Pandava di hutan. Maharishi itu menyebut bahawa Rama telah hidup “ratusan ribu” tahun dahulu.

Dalam epik Mahabharata juga, sewaktu berada di hutan, Bhima bertemu seekor kera tua. — [Baca kisah itu] Bhima menceritakan kepada kera tua itu (sebenarnya Hanuman) bahawa sekiranya Hanuman masih hidup, umurnya “sejuta” tahun.

Maka, secara perkiraan mudah, terdapat jarak masa sekitar sejuta tahun antara kejadian dalam epik Mahabharata dan Ramayana!

Agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa beberapa watak dalam epik Ramayana turut muncul dalam epik Mahabharata. Bukan hanya watak dewa-dewi tetapi juga maharisyi.

Kini, anda boleh membaca bahagian awal kedua-dua epik berkenaan dalam sebuah buku — Ramayana dan Mahabharata (2019).