23 Apr 2018

Mat Sabu atau V. Gunalan?


Presiden MIC, Subramaniam, dalam kenyataan media pada 22 April 2018 mengumumkan senarai wakil/calon parti itu yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi (CWC) dan Ketua Bahagian MIC Sepang, V. Gunalan diumumkan akan bertanding di Parlimen Kota Raja (P111). – Senarai penuh.

Pencalonan ini selepas kegagalan wakil MIC menggugat Siti Mariah Mahmud dalam PRU-12 dan PRU-13.

Kalaulah R.S. Maniam bertanding dalam PRU-14, pasti undi saya untuknya.

Saya tidak kenal V. Gunalan dan saya tidak bersedia untuk mengundi calon yang tidak saya kenali.


Mungkin masih ada masa sehingga 8 Mei 2018 untuk MIC-BN meyakinkan saya mengapa dan kenapa saya wajar memberikan undi yang amat berharga kepada V. Gunalan. - Baca juga: Kota Raja Sudah Kecoh.

Sementara V. Gunalan bertanding bagi pihak “Biru Tua”, pihak “Biru Muda” pula diwakili Mat Sabu (PAN). – Berita di sini.

Dua-dua saya “belum” sedia sokong (undi). [Mat Sabu mahukan undi Melayu]

Siapa yang akan berjaya “menarik” atau “membeli” undi saya? Terserah kebijaksanaan mereka mendekati saya!

Kita tunggu dan lihat juga sama ada badut-badut dari Pas dan Hindraf turut masuk gelanggang sarkas P111.

Baca juga: DAP, PSM, PKR, MIC dan PRU-14.

Pada 8 Mei 2018, saya membuat keputusan: Antara Barisan dan Pakatan.