Bagus jugalah Nga Kor
Ming tinggalkan Parlimen
Taiping (P60)!
Selama ini pun, apabila Ahli Parlimen ini dihubungi untuk
berbincang tentang Projek Komuniti Kavyan, dan dikemukakan masalah penduduk (baca: pengundi) di Aulong
dan Aulong Lama, dia tidak beri apa-apa respons.
Akhirnya, pihak yang datang
membantu penduduk kaum India di kawasan ini adalah pemimpin Parti Gerakan dan
Makkal Sakti! [Contoh 1] [Contoh 2]
Kini, “peluang” untuk penduduk/pengundi Parlimen Teluk Intan (P76)
pula untuk mengenali sikap sebenar politikus ini.
Apakah politikus ini, Teh
Kok Lim, yang bertanding kerusi Parlimen Taiping (P60) akan sekadar
meneruskan sikap sekutunya, Nga Kor Ming,
sebelum ini?
Hanya datang untuk menagih undi, dan kemudian hilang selama
lima tahun sedangkan penduduk (baca: pengundi) di Aulong dan Aulong Lama
memerlukan perhatian dan bantuannya?
Kalau tak mampu membantu Projek
Komuniti Kavyan, tak payahlah datang terhegeh-hegeh menagih
undi!
Amboi! Nga Kor Ming
mahu bertanding menjadi ADUN Aulong (N18) juga?
Cubalah datang dan lihat Projek Komuniti Kavyan. Dan jangan lagi tidak melayan surat bantuan yang dikirim oleh
penduduk/pengundi.
Kalau tak boleh bantu, bagaimana nak jadi “wakil” rakyat?
Mujurlah saya bukan pengundi di Parlimen Cameron Highlands (P78)!
Kalau Kayveas bertanding di Cameron Highlands, senang sahaja
untuk saya tidak mengundinya; berdasarkan prestasi buruknya di Parlimen Taiping
(P60) dahulu. Baca juga: “MIC dan PRU-13”.
Tapi kini, nampaknya P78 menjadi rebutan Suresh Kumar dan Sivarraajh Chandran.
Kedua-duanya saya kenali. Kedua-duanya saya kagumi. Kedua-duanya
saya sokong.
Kalau saya menjadi pengundi di Cameron Hinglands, saya pasti
mengalami dilema!
Apa komen pengundi Cameron Highlands? Baca di sini.
Apabila Shuhaimi Shafiei
yang menang kerusi DUN Sri Muda (N50) [kini DUN Kota Kemuning] dalam PRU-12 dan
PRU-13 diarahkan berpindah ke DUN Sungai Kandis (N49) [dahulu DUN Seri
Andalas], maka jelaslah bahawa Pakatan Harapan juga bukannya mahukan “Wakil Rakyat”.
Sebaliknya, mereka hanya mahukan
“Wakil Parti”.
Siapa kisah tentang Rakyat? Apa
yang penting hanyalah kemenangan parti!
Pilihlah dan agihkanlah kerusi sesama parti; tak perlu ambil
kira pandangan Rakyat, pengundi dan masyarakat akar umbi.
Ini pandangan saya. Apa pula pandangan penduduk dan pengundi di
kawasan ini? Baca di sini.
Macai DAP, Satees
Muniandy, ternyata telah menyunting maklumat diri saya di Wikipedia pada 14 Jun 2015 dengan niat
menghina serta merosakkan nama baik saya dalam kalangan masyarakat.
Dia yang menjadi sumber kepada
kelahiran peribahasa moden “Macai Macam Satees” belum dapat
membuktikan bahawa bukan dia yang melakukan suntingan berniat jahat itu.
Mangkuk ini juga belum menghantar legal notice yang dijanjikannya pada Jun 2015.
Baca kenyataan media saya di
sini.
Pada 19 April 2018, saya menemui satu lagi paparan yang
kandungannya 100 peratus sama dengan apa yang disunting oleh Satees.
Paparan bertarikh 18 Jun 2015 itu ternyata turut dimuat naik
oleh Satees atau sekutunya (atas arahannya); kecuali dapat dibuktikan
sebaliknya.
Dalam PRU-14, Satees yang merupakan macai kepada Ramasamy akan
bertanding merebut kerusi DUN Bagan Dalam (N09), manakala bekas “tuan”nya,
Ramasamy, akan bertanding di DUN Perai (N16).
Seperti yang pernah saya nyatakan: Satees adalah antara punca
kehancuran DAP!
Ini juga sebab saya tidak berminat mengundi Ganabatirau Veraman (DAP-Hindraf) yang diumum bertanding di DUN Kota Kemuning dalam PRU-14. Baca juga – “Kempen Menuju PRU-14”.
Baca juga: Mat Sabu atau V. Gunalan? Pilihan saya di Parlimen Kota Raja.
Baca juga: Mat Sabu atau V. Gunalan? Pilihan saya di Parlimen Kota Raja.