Saya
sedang dalam proses awal menerbitkan buku pertama dalam Siri Karya Klasik India, iaitu gabungan pengkisahan semula dan
ulasan Thirukkural dan Megha Duta. – Baca
maklumat penuh.
Rancangan asal adalah untuk menerbitkan buku ini pada Oktober 2018. Bagaimanapun, dengan semangat baharu berikutan Peristiwa 9 Mei 2018 yang melahirkan Malaysia Baharu susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), keputusan diambil untuk menerbitkan buku ini menjalang Ogos 2018.
Rancangan asal adalah untuk menerbitkan buku ini pada Oktober 2018. Bagaimanapun, dengan semangat baharu berikutan Peristiwa 9 Mei 2018 yang melahirkan Malaysia Baharu susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), keputusan diambil untuk menerbitkan buku ini menjalang Ogos 2018.
Sebagai
usaha memupuk kerjasama dan penglibatan rakan-rakan pelbagai kaum, agama dan
latar belakang dalam menjayakan penerbitan buku ini, saya memerlukan bantuan sepuluh
(10) individu untuk menjadi penyunting bersekutu (editor) secara sukarelawan bagi buku ini.
[Kemas kini pada 13 Mei 2018 - Tawaran ditutup]
Sebahagian syarat dan panduan adalah
seperti berikut, dan individu yang berminat perlu bersetuju dengan kesemua
syarat/panduan:
1. Penyunting mestilah
warganegara Malaysia.
2. Keutamaan diberi kepada
individu yang sudah membuat tempahan awal berbayar buku Thirukkural
dan Megha Duta (2018).
3. Penyunting mestilah berumur
minimum 20 tahun.
4. Penyunting tidak dibayar. Kata kunci: Sukarelawan.
5. Individu yang berminat
menjadi penyunting tidak perlu ada
sebarang pengalaman menyunting buku sebelum ini.
6. Individu yang berminat
menjadi penyunting perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 13 Mei 2018. (Tawaran ditutup awal jika
cukup 12 orang sukarelawan.)
7. Individu yang berminat
menjadi penyunting wajib mengirim biodata diri
selewat-lewatnya pada 13 Mei 2018.
Panjang biodata adalah maksimum 60 patah perkataan. Contoh biodata boleh
dirujuk di dalam buku Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Ikan
Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018). Biodata mestilah
ditulis dalam satu perenggan sahaja menggunakan Bahasa Malaysia dan wajib
dimulakan dengan nama sebenar
individu (penyunting) berkenaan. Contoh dan panduan menulis biodata boleh
dirujuk DI SINI.
8. Manuskrip perlu disunting
dalam masa 14 hari sahaja.
[Kemas kini pada 13 Mei 2018 - Tawaran ditutup]
Sekiranya
anda 100% berminat dan komited, sila
hubungi uthayasb@yahoo.com.my
dengan kadar segera. (Sila jangan
lakukan pengesahan menerusi mesej Facebook
atau WhatsApp. Wajib kirim e-mel
untuk tujuan rekod.)
Harap
maklum bahawa hanya 10 penyunting diperlukan. Yang dahulu
didahulukan.
Jadilah
sebahagian daripada kumpulan penyunting bersekutu yang menjayakan penerbitan buku
pertama dalam Siri Karya Klasik India!