1 Oct 2015

Majlis Meraikan Kelahiran Nari! Nari!

Kumpulan Cerita Rakyat India Nari! Nari! terbit hasil sokongan padu rakan-rakan dan saudara-mara yang membuat tempahan awal berbayar bagi menampung sebahagian kos penerbitan.

Suatu majlis kecil-kecilan bagi meraikan kelahiran Nari! Nari! akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 18 Oktober 2015 (Ahad)
Masa: 4.30 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Rumah Kavyan, Shah Alam
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]

Atur Cara

3:45 petang – Minum petang
4:30 petang – Majlis Meraikan Kelahiran Nari! Nari!

Ucapan alu-aluan
Ucapan tetamu khas
Persembahan sketsa Nari! Nari!
Penyerahan buku kepada pembeli/penyumbang
(Pembeli/penyumbang yang akan hadir, sila maklumkan kepada Uthaya menerusi mesej Facebook, SMS, WhatsApp atau e-mel selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2015)
Penyerahan buku kepada kanak-kanak terpilih
Penyerahan buku kepada pelakon sketsa
Penyerahan buku kepada wakil Grassroots, Batang Berjuntai
Penyerahan buku kepada tetamu khas
Sesi membaca petikan cerita rakyat oleh hadirin
Komen dan reaksi pembeli/penyumbang
Sesi soal-jawab bersama penerbit/penulis
Sesi fotografi Bergaya Dengan Buku Nari! Nari!
Bersurai