Kehebatan madu lebah dalam perubatan diakui
dalam kesemua tamadun besar dunia sejak dahulu. Penduduk Mesir, India dan China
misalnya memanfaatkan sepenuhnya khasiat madu lebah bagi pelbagai kegunaan.
Pada 5 Disember 2014, saya menyatakan
menerusi catatan di Facebook
bagaimana kita sering mengaitkan kumbang dengan perbuatan menghisap madu dari
bunga.
Saya menjelaskan: “Sebenarnya, lebah (bukan
kumbang) menghisap glukosa (bukan madu) dari bunga. Glukosa itu diproses di
dalam perut lebah dan kemudian barulah dimuntahkan (menerusi mulut) sebagai
madu (honey).”
Menerusi catatan itu juga saya menyebut
buku kajian sains dan surah an-Nahl dalam Quran sebagai rujukan. Malah surah
itu juga dikenali sebagai “surah lebah” berikutan firman Allah (Subhanahuwataala): “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah”
(ayat 68).
Terjemahan ayat 69 seperti berikut:
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta
turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan-Nya
kepadamu.
“Akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (kemurahan Allah) bagi orang yang
mahu berfikir.”
Apa yang menarik, paparan kecil itu disukai
(like) lebih 145 orang serta
dikongsikan oleh lebih 45 orang dalam masa
yang singkat. Perkongsian status itu pula turut disukai dan dikongsi pengguna
lain di Facebook. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.
[Makalah ini ditulis pada 18 Disember 2014 di Kamunting, Perak dan
disiarkan di The Malaysian Insider pada 22 Disember
2014. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini
serta segala kandungan di Blog Uthaya
Sankar SB atas pilihan
sendiri.]