13 May 2011

Oriental Daily News

Akhbar Oriental Daily News pada 12 Mei 2011 menyiarkan berita dengan tajuk “Pengetua tidak ambil tindakan terhadap pembuli; 700 ibu bapa tandatangan petisyen protes”.

Dilaporkan bahawa 50 ibu bapa berhimpun di hadapan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam pada 11 Mei. Juga bahawa lebih 700 tandatangan sudah dikumpul dan petisyen diserah kepada Menteri Pelajaran.


Turut disiarkan berita mengenai Irene Kia yang menceritakan bahawa kes anaknya dibuli dan dibelasah lapan pelajar pada 13 April masih belum selesai dan pengetua bersikap lepas tangan.


Maklumat ringkas pula mengenai insiden pergaduhan pelajar pada 20 April dan perhimpunan aman pada 25 April. Hairan mengapa pelajar yang membelasah anak Irene Kia masih tidak dikenakan apa-apa tindakan. Pengetua pula beri alasan “sibuk” dan tidak memberi apa-apa kenyataan.