20 Apr 2011

Siapa Subari Ahmad?

Berikut maklumat mengenai Subari Ahmad yang diambil dari laman Facebook beliau. Sila maklum bahawa beliau adalah “rakan” saya di Facebook. "Rakan" beliau yang juga "rakan" saya di Facebook ada 83 orang (sehingga 9:00 pagi, 20 April 2011). Foto juga diambil dari Facebook kerana saya tidak kenal rupa beliau. Paparan maklumat di bawah hanya untuk makluman kerana tentu ramai yang mahu tahu siapa individu yang “mencadangkan” supaya saya ditahan di bawah ISA! [BACA DI SINI]

Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Teknik Kuala Lumpur (1971 – 1973) dan bertugas dengan LLN (kini TNB) selama 10 tahun ( 1973 – 1983). Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis secara serius tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Telah terbit novelet pertamanya DENDAM MALAM GERHANA (1982). Antologi Sajak AKSARA ‘XXX’ terbit tahun 2004 adalah buku puisi pertama beliau setelah menulis sajak lebih 30 tahun. Disamping itu sajak-sajak Arisel Ba selain tersiar dalam pelbagai ahkbar dan majalah di Negara ini, terdapat berpuluh Antologi Puisi Bersama dengan penyair-penyair lain antaranya PUISI BAHARU MELAYU 1961 – 1986 (1990), TAKHTA DAN RAKYAT: SUATU MANESFESTASI (1993), PRAHARA DI PADANG KARBALA (2003), APAS (2003), SAJEN (2003), GEMA MEMBELAH GEMA ( 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14) dan RATIB 1000 SYAIR (2005) . Puisi Arisel Ba juga terbit di Indonesia melalui Antologi Puisi GRAFITI GRATITUDE (2002) dan LES CYBERLETTRES (2005). Arisel Ba pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP selama 10 tahun (1983 -1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini Arisel menjadi ahli biasa PENA dan DPMP. Arisel Ba telah dianugerahkan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) pada 24 Oktober 1997 dan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) pada 24 Oktober 2006 atas jasanya terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu di Negeri Pahang. Darul Makmur khasnya dan Malaysia amnya.

Telefon: 012-9880490

Alamat: 3 Taman Muhibbah Tranum, Kampung Tranum, Tras, Raub, Pahang



Facebook: www.facebook.com/ariselba
 
NOTA: Saya dimaklumkan pada 1 Disember 2013 bahawa individu ini sudah kembali kepada Pencipta. Semoga Allah mengampuni dosanya.