3 Nov 2010

Dialog Bersama Sasterawan Negara

Sempena program Kem Membaca 1Malaysia, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam, mengadakan Dialog Bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada 8 November 2010.
.

Pengetua, Asmawati Ahmad Ishak berkata, aktiviti itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada pelajar sekolah berkenaan bertemu serta menimba ilmu berkaitan penulisan dan pembacaan daripada sasterawan terkemuka tanah air.

.

“Sepanjang tempoh 8-12 November ini, kami turut mengadakan pelbagai acara seperti membaca sepuluh minit setiap pagi, pameran dan jualan buku, solat hajat, jejak khazanah peribahasa dan bengkel penulisan kreatif bersama Kumpulan Sasterawan Kavyan,” katanya kepada Sinar Harian.

.

Warga pendidik boleh menghubungi Kamariah (016-9147490) untuk maklumat lanjut berhubung program ini.

...

(Sinar Harian edisi Selangor & Kuala Lumpur, 1 November 2010)