6 Jun 2009

Forum Satu Malaysia: Kemukakan Soalan

Pada 13 Jun 2009, saya diundang menjadi pemudahcara bagi “Forum Satu Malaysia” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada pukul 10:30 pagi di PNM.

Kalau sebelum ini saya membentangkan kertas kerja mengenai “Satu Malaysia” [BACA DI SINI] kali ini menjadi moderator pula.

Ahli penal terdiri daripada Dato’ Haji Omar Mohd Hashim (Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia), Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya) dan Datuk Dr Denison Jayasooria (Ahli Suruhanjaya Suhakam).

Dalam e-mel yang dikirim kepada saya pada pagi 6 Jun 2009, dinyatakan bahawa “Forum Satu Malaysia” bakal “membincangkan peranan masyarakat dalam usaha menyokong konsep 1Malaysia dari pandangan 3 panel dari 3 kaum utama di Malaysia”.

Selain itu, menurut e-mel itu lagi, forum berkenaan juga “membincangkan mengenai perpaduan antara masyarakat Malaysia sejak dahulu sehingga sekarang”.

Saya mengharapkan penyertaan seluruh Bangsa Malaysia dalam forum ini.

Jika saudara tidak dapat hadir, tidak mengapa. Saudara masih boleh mengirim soalan, pandangan dan pertanyaan saudara kepada saya melalui e-mel ke alamat uthayasb@yahoo.com.my supaya dapat saya ajukan kepada panel semasa forum nanti.

Saya akan menerima kiriman e-mel sehingga pukul 3:30 petang, 12 Jun 2009.

Setiap e-mel wajib disertakan nama penuh (nama lengkap), tempat tinggal dan jawatan (yang berkenaan).

Hanya e-mel yang sesuai akan saya bawa ke forum berkenaan.