6 Jun 2009

Satu Malaysia: Pengesahan Rasmi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akhirnya mengakui bahawa Satu Malaysia bukanlah konsep atau formula baru.

Saya amat lega mendapat “pengesahan rasmi” daripada Perdana Menteri dalam suasana sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 6 Jun 2009.

Datuk Seri Najib secara terbuka mengakui bahawa matlamat akhir konsep Satu Malaysia adalah “perpaduan nasional”.

Beliau juga mengakui bahawa aspek perpaduan antara kaum yang menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu, telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lebih lima dekad yang lalu.

Maka, jelaslah bahawa “Satu Malaysia” mementingkan “perpaduan” dan menjadi asas kepada pembinaan “Bangsa Malaysia” yang mengimpikan “integrasi”. [BACA DI SINI]

“Jika disingkap kembali sejarah, semenjak mula para patriot memperjuang kemerderkaan tanah air hingga ke hari ini, usaha mencapai perpaduan nasional telah, sedang dan tetap menjadi keutamaan kerana semua pihak sedar tanpa perpaduan yang mantap dan jitu, tidak mungkin segala matlamat dan wawasan nasional dapat diterjemahkan,” kata Perdana Menteri dalam laporan yang sempat saya baca di Bernama.com.