Pemaparan gabungan kisah Ramayana
dan Mahabharata dalam sebuah buku
bukanlah suatu perkara yang baharu.
Bagaimanapun, kisah Ramayana biasanya dimulakan dengan
perkahwinan Rama dan Sita. Novel retorik parodi Hanuman: Suara Hati (2013) melihat kisah itu dari sudut pengalaman Hanuman.
Kisah Mahabharata pula lazim dimulakan dengan cerita Pandava, membawa
kepada perang dengan Kaurava, serta kisah Bhagavad Gita.
Kulit buku yang dipaparkan di sini adalah karya terjemahan Romesh
C. Dutt, dan John Campbell Oman.
Buku yang sedang saya usahakan pula menyelongkar pelbagai kisah
yang berlaku jauh sebelum kelahiran
Rama (hero Ramayana) dan Arjuna (hero
Mahabharata).
Sila KLIK DI SINI jika anda sudi
menghulurkan sumbangan/derma ikhlas bagi membantu menjayakan penerbitan buku
ini.
Baca contoh petikan di sini — [Ramayana] — [Mahabharata].