Saturday, 19 October 2013

Kalimah “Allah” dan Hanuman

Kuiz ini khusus bagi orang ramai yang sudah membeli dan membaca novel Hanuman: Suara Hati (2013). Senarai pembeli sah boleh dirujuk DI SINI.
 
Tarikh tutup muktamad bagi kuiz ini adalah pada 31 Oktober 2013 (Khamis), 4:00 petang [Waktu Kavyan].
 
Jawapan bagi kuiz ini perlu dikirim melalui e-mel ke uthayasb@yahoo.com.my [jangan tertinggal .my] dengan tajuk (Subject) Kalimah “Allah” dan Hanuman.
 
 
 
Soalan: Berapa kalikah kalimah “Allah” muncul dalam novel Hanuman: Suara Hati?
 
Setiap individu dibenarkan mengemukakan satu jawapan sahaja. Jawapan tidak boleh diubah/ditukar. Hanya jawapan yang 100% tepat akan diterima. Jawapan “hampir tepat” masih dianggap salah.
 
Setiap individu (pembeli sah sahaja) yang mengemukakan jawapan yang tepat akan menerima hadiah berupa buku karya Datuk A. Samad Said (Pak Samad) dan ditandatangani oleh beliau.
 
Nota: Kuiz ini tidak bertujuan memperlekeh sesiapa atau mencabar keputusan mana-mana mahkamah. Sebaliknya bagi memastikan para pembeli sudah membaca novel Hanuman: Suara Hati yang terbit pada 2 Oktober 2013.