1 Oct 2013

Kembalinya Sang Hanuman


Novel Hanuman: Suara Hati terbit secara rasmi pada 2 Oktober 2013; sempena memperingati tarikh kelahiran Mahatma Gandhi. Bagi rakan-rakan yang berbesar hati membuat tempahan awal berbayar (sehingga 30 September 2013), novel sudah dikirimkan melalui PosLaju pada 1 Oktober 2013 bersama-sama senaskhah novel Hanuman: Potret Diri (1996) yang sudah tiada dalam pasaran. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan borang pembelian – jika anda berminat memiliki novel edisi terhad berkulit keras ini.