Sebagai seorang perunding media, suka saya menasihatkan
Pengerusi BN supaya mengeluarkan arahan agar para pemimpin dan konco-konco BN
yang hadir pada majlis penyerahan Bantuan
Khas Awal Persekolahan 2013 supaya “jangan cakap banyak”. Semakin banyak
mereka bercakap, semakin terpancar kebodohan yang sekali gus “membantu” menjahanamkan BN di mata Rakyat. Usah
lupa bahawa wang itu adalah wang Rakyat; bukan wang BN. Belajarlah daripada
pengalaman Zohra Jabeen @ Nikki Da Best. Namun, ini sekadar nasihat dan tidak wajib diterima.