1 Nov 2012

Siru Kambam - Tempahan

 Kumpulan cerpen Bahasa Malaysia berjudul Kisah dari Siru Kambam dijadual terbit pada Februari 2013; dengan izin Tuhan. Buku ini memuatkan 20 cerpen baru dan lama karya Uthaya Sankar SB. Kesemua karya ini disunting oleh sekumpulan Editor Bersekutu, khusus bagi tujuan penerbitan ini.

Sumbangan daripada rakan-rakan dan kenalan dalam bentuk tempahan awal (pre-order) amat diharapkan bagi menampung sebahagian kos mencetak buku ini. Maklumlah, saya bukan politikus atau kroni politikus. Anda bukan sekadar "membeli" buku saya tetapi "membantu" penerbitannya.
 
Harga pasaran bagi kumpulan cerpen ini mulai 1 Februari 2013 adalah RM30.00 senaskhah (tidak termasuk kos penghantaran). Dapatkan BORANG TEMPAHAN DI SINI. [Ada diskaun sehingga 28 Februari 2013.]
 
Berikut adalah harga bagi tempahan awal (pre-order) pada harga istimewa. Tempahan awal hanya sah sekiranya bayaran penuh dilakukan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2013. Tempahan “air liur” dan “janji politikus” tidak dilayan. [Hanya nama individu yang menghulurkan sumbangan ikhlas sebelum 10 Januari 2013 sempat dimasukkan dalam buku bercetak. Selebihnya hanya akan didokumentasikan di blog.]
 
Kos penghantaran buku melalui pos biasa adalah percuma bagi tempahan awal sahaja. Penghantaran percuma ini hanya sah bagi semua destinasi di Malaysia (termasuk Semenanjung Malaysia).
 
Jumlah Buku
Jumlah Bayaran
Harga Purata
Anda Jimat
Nombor Siri (Cadangan)
1
RM20.00
RM20.00
RM10.00
971 – 999
2
RM40.00
RM20.00
RM20.00
941– 970
3
RM60.00
RM20.00
RM30.00
851 – 940
5
RM95.00
RM19.00
RM55.00
751 – 850
10
RM180.00
RM18.00
RM120.00
651 – 750
15
RM255.00
RM17.00
RM195.00
561 – 650
20
RM320.00
RM16.00
RM280.00
461 – 560
25
RM375.00
RM15.00
RM375.00
411 – 460
30
RM420.00
RM14.00
RM480.00
351 – 410
35
RM455.00
RM13.00
RM595.00
281 – 350
40
RM500.00
RM12.50
RM700.00
201 – 280
90
RM1,000.00
RM11.11
RM1,700.00
021 – 200
 
Harap maklum bahawa tempahan awal pada harga istimewa seperti di atas adalah tawaran “sekali sahaja” (one-off). Pembeli tidak boleh “menambah pesanan” atau membuat “pesanan tambahan” selepas 31 Januari 2013.
 
[Bagi para Editor Bersekutu, harga buku ini adalah RM15.00 senaskhah bagi pembelian 1-20 naskhah. Tawaran ini juga adalah berciri “sekali sahaja”. Editor Bersekutu perlu berurusan secara langsung dengan Uthaya Sankar SB melalui e-mel bagi tujuan ini.]
 
Setiap naskhah tempahan awal akan ditandatangani dan ditulis nombor siri oleh Uthaya Sankar SB. Bagi pembelian mulai 1 Februari 2013, buku akan ditandatangani tetapi tiada nombor siri diberikan.
 
Harap maklum bahawa naskhah tanpa tandatangan Uthaya Sankar SB adalah buku cetak rompak.
 
Jika sudi memberi sumbangan dengan cara membuat tempahan awal kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam, sila isi Borang Tempahan Awal. Sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan. 
 
Harap maklum bahawa tempahan buku menerusi panggilan telefon dan SMS tidak akan dilayan. Tempahan “air liur” dan “janji politikus” juga tidak diberi perhatian. Dapatkan BORANG TEMPAHAN DI SINI.
 
Penghantaran buku tempahan awal akan diuruskan oleh Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya sebaik sahaja buku dicetak; dijangka pada  Februari 2013. Tempahan awal ditutup pada 31 Januari 2013. Harga pasaran bagi buku ini mulai 1 Februari 2013 adalah RM30.00 senaskhah; tidak termasuk kos penghantaran. [BORANG TEMPAHAN DI SINI]
 
Dalam pada itu, SILA KLIK DI SINI (sebelum 10 Januari 2013) jika berminat mengemukakan ulasan atau komen mengenai cerpen-cerpen Uthaya Sankar SB untuk dimuatkan dalam kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam.