Saya
mengenali Uthaya Sankar SB sejak kami sama-sama belajar di sekolah rendah.
Perlu saya akui bahawa penguasaan bahasa yang dimilikinya sangat hebat. Maka,
bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila beliau mampu menggunakan bahasa –
lisan dan bertulis – serta daya kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan karya
sastera secara serius sejak 1992. Kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja di Taiping, Perak juga sering menjadi
bahan cerita. Maka, tidak hairanlah bahawa novel Panchayat juga menggunakan latar suatu tempat di negeri
kelahirannya. Walaupun saya bukan seorang pembaca tegar buku-buku cerita, saya
tetap yakin bahawa apa yang dilakukan oleh Uthaya menerusi bakat penulisannya
mampu memberi kesan kepada tamadun dan pemikiran Bangsa Malaysia. Membaca kisah-kisah
yang ditulisnya mampu membuatkan kita lebih memahami keunikan dan kepelbagaian
etnik serta budaya di Malaysia. – Surendran Govindasamy (Jurutera
Projek) dalam Panchayat: Edisi Khas.